India Pertahan Gelaran Juara Piala Sultan Johor

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 7:51 AM

Pemain India meraikan kejayaan selepas menjuarai Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor kali ke-4 di Stadium Hoki Taman Daya Johor Baharu, Ahad. India menewaskan Great Britain 2-1. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: India berjaya mempertahankan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 apabila mengalahkan pasukan pilihan, Britain 2-1 pada final di Stadium Hoki Taman Daya di sini, Ahad.

Pakar pukulan sudut India, Harmanpreet Singh, meleburkan rekod tanpa kalah Britain dengan menjaringkan dua gol, sekali gus muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan sembilan gol.

Perlawanan seimbang dan sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling menampilkan gerakan menarik dan pantas namun gagal menembusi gawang gol masing-masing sehingga tamat perlawanan separuh masa.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan enggan menyerah kalah sehingga Harmanpreet menyuntik semangat pasukan India dengan gol pertama pada minit ke-45 menerusi percubaan pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan India hanya bertahan selama 10 minit apabila Britain menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Samuel French.

Britain memperoleh peluang untuk menang apabila penjaga gol India, Abhinav Kumar Pandey diperintah keluar padang buat seketika apabila dikenakan kad hijau dan digantikan dengan Subodh Tirkey.

Seorang lagi pemain India turut mengalami nasib sama pada minit ke-62 namun Britain gagal menggunakan kesempatan itu memburu gol.

India mengubah strategi dengan bertahan serta cuba mencuri peluang pukulan sudut yang akhirnya tiba seminit sebelum tamat perlawanan.

Harmanpreet tidak mensia-siakan peluang terakhir itu apabila melakukan pukulan tepat pada minit ke-69, sekali gus membantu India mempertahankan kejuaraan itu.

Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Australia mengalahkan New Zealand 6-2.

Malaysia mencipta kemenangan pertama dalam kejohanan bawah 21 tahun itu dengan mengalahkan Pakistan 3-1 untuk menamatkan saingan di tempat kelima.

Tags / Kata Kunci: Hoki , Piala Sultan Johor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan