Danyal Akan Buat Rayuan Awal Kes Cheau Xuen - Sukan Ekstra | mStar

Danyal Akan Buat Rayuan Awal Kes Cheau Xuen

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 8:10 PM

Tai Cheau Xuen

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua kontinjen Sukan Asia Incheon 2014, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mahu membuat rayuan kepada Agensi Antidoping Antarabangsa (WADA) bagi pihak alet wushu wanita, Tai Cheau Xuen.

Cheau Xuen, pemenang pingat emas acara gabungan nanquan dan nandao, gagal dalam ujian doping pada 20 September lepas pada temasya sukan itu dan kini berdepan dengan hukuman penalti atau penggantungan.

"Saya mempunyai alasan munasabah dan kukuh untuk mengemukakan rayuan awal. Kita bukan hendak mempersoalkan prosedur atau peraturan proses doping tetapi hanya meminta kelonggaran dalam membuat keputusan terhadap atlet itu.

"Rayuan itu akan dikemukakan dalam tempoh terdekat walaupun WADA belum memutuskan nasib atlet itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Wushu Pencarian Bakat Sekolah Peringkat Negeri Sembilan pada Ahad.

Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Majlis Pendekar Malaysia (MPM), Tan Sri Omardin Mauju.

Beliau berkata selaku ketua kontinjen negara Sukan Asia 2014, beliau akan membuat rayuan itu memandangkan Cheau Xuen tidak berniat mengambil bahan terlarang, 'sibutramine'.

Danyal, yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), berkata rayuan itu akan dikemukakan dengan sokongan Persekutuan Wushu Malaysia.

"Kita tidak mahu minat dan karier Cheau Xuen terkubur begitu sahaja,gara-gara kes ini...lebih-lebih lagi menjelang Sukan SEA 2015 di Singapura. Lagipun, alet ini sudah mencapai taraf dunia," katanya.

Berikut kegagalan ujian doping, pingat emas Cheau Xuen, 23, atlet kelahiranNegeri Sembilan itu, ditarik balik oleh Majlis Olimpik Asia (OCA).

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan