Malaysia Masih Belum Dapat Sentuhan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 7:37 AM

Pemain Malaysia cuba melepasi penjaga gawang India untuk menjaringkan gol pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor kali ke-4 di Stadium Hoki Taman Daya Johor Baru pada Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Malaysia gagal mencari kemenangan pertama apabila tewas 4-2 kepada India pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya di sini, Jumaat.

Selepas empat perlawanan, pasukan bawah 21 tahun bimbingan Arul Selvaraj hanya memperoleh satu mata selepas seri 1-1 dengan New Zealand dan menduduki tangga kelima daripada enam pasukan.

Pada perlawanan menentang India, Malaysia ketinggalan 2-0 pada separuh masa, hasil jaringan Harmanpreet Singh menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-25 dan 27.

Bagaimanapun, pasukan negara meningkatkan corak serangan pada babak kedua dengan Sufi Ismat Rohulamin merapatkan jaringan pada minit ke-37.

Jaringan tersebut menyuntik semangat pasukan negara untuk menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-42 menerusi Azril Misron.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad negara tidak bertahan lama apabila Harmanpreet melakukan jaringan hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-55.

Varun Kumar mengesahkan kemenangan mutlak India dengan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-65 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah.

India kini menduduki tangga kedua di belakang Great Britain dengan sembilan mata dan akan menentang Australia pada perlawanan terakhir pusingan awal, Sabtu ini.

Dua pasukan teratas selepas pusingan awal akan layak ke final, Ahad ini.

Sementara itu, New Zealand mencatakan kemenangan pertama dengan menewaskan Pakistan 3-2.

Gol New Zealand dijaringkan oleh Harry Miskimmin pada minit kelima, Nic Woods (19') dan Graig Jones pada minit ke-44 manakala gol Pakistan dijaringkan oleh Abu Mahmood pada minit ke-55 dan 66.

Dalam pada itu, Great Britain layak ke final apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dengan membenam Australia 5-1.

Luke Tayor muncul wira pasukan Great Britain dengan jaringan hatrik pada minit pada ke-16, 18 dan 33 manakala dua lagi gol disumbangkan oleh Hamish Imrie dan James Albery masing-masing pada minit ke-49 dan 56.

Gol tunggal Australia dijaringkan Alec Rasmussen pada minit ke-22.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan