Danyal Balagopal Mahu Tanding Jawatan Presiden KOM

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 7:05 AM

Danyal Balagopal Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Khamis menawarkan diri untuk jawatan presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada mesyuarat agung dwitahunan ke-11 pada 1 November ini.

Bekas timbalan presiden kesatuan olahraga itu pada 2001-2006 berkata beliau mengambil keputusan untuk menawarkan diri kerana bimbangkan masa depan KOM jika ia diterajui oleh individu tertentu.

Beliau berkata walaupun jawatan presiden itu disifatkan sebagai 'kerusi panas' namun beliau mahu selamatkan persatuan sukan tertua itu daripada diranapkan oleh individu yang tidak ada daya kepimpinan.

"Saya risau jikalau ada individu akan mengambil kesempatan dengan menguna pengaruhnya untuk memenangi kerusi presiden," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata pada mulanya KOM mengeluarkan notis bahawa tarikh akhir pencalonan adalah Isnin ini tetapi ia dipinda kepada Jumaat.

"Nasib baik ada sumber dalaman yang segera memberitahu saya hari ini..kalau tidak saya tak dapat daftar diri untuk bertanding," katanya.

Danyal berkata beliau tidak kisah jika bekas presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim kembali memimpin KOM tetapi bukanlah individu lain yang hanya akan memusnahkan masa depan KOM.

Antara calon lain yang disebut-sebut berminat untuk bertanding bagi merebut kerusi presiden ialah bekas timbalan presiden Datuk Karim Ibrahim.
 
Presiden KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad sebelum ini menyatakan hasrat untuk bersara atas faktor kesihatan dan memberi sokongan penuh kepada timbalannya Wan Hisham untuk bertanding jawatan nombor satu badan induk sukan olahraga negara itu.

Tags / Kata Kunci: Danyal Balagopal Abdullah , KOM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan