LIMBC 2014: Platt Dan Klemencic Ungguli Peringkat Kedua Perlumbaan

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 6:00 PM

Platt mengangkat tangan ketika menghampiri garisan penamat pada cabaran peringkat ke dua dari Timur ke Barat Pulau Langkawi (XCP) sejauh 45 kilometer pada perlumbaan LIMBC, Rabu.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kelebihan mengetahui selok belok laluan membantu pelumba Jerman, Karl Platt dan Blaza Klemencic dari Slovenia menjuarai peringkat kedua Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 dalam kategori lelaki dan wanita elit pada Rabu.

Saingan peringkat kedua 'Langkawi East to West' sejauh 45kilometer menyaksikan Platt, daripada pasukan Bulls, merampas jersi kuning, selaku pendahulu, dengan catatan masa satu jam 49 minit 22.70 saat.

Kemenangan ini membolehkan Platt merampas jersi kuning daripada juara peringkat pertama, Michal Lami, mewakili pasukan kebangsaan Slovakia, yang menduduki tangga kedua dengan catatan masa 1:50:32.40s.

Pelumba Switzerland, Fabian Giger daripada Giant Pro XC di tempat ketiga dengan mencatatkan masa 1:51:32.00s.

Platt muncul pendahulu keseluruhan dengan mencatatkan masa keseluruhan 4:17:26.30s selepas peringkat kedua.

"Walaupun bukan pelumba terpantas di peringkat pendakian, saya mengawal kelajuan serta berjaya memintas Lami dan sampai ke garisan penamat. Saya perlu mengekalkan kelajuan dan ia berbaloi," kata Platt kepada pemberita di sini.

Katanya pengalaman menyertai beberapa saingan LIMBC sebelum ini dan mengetahui selok belok laluan memberi banyak kelebihan dengan mengatur strategi yang betul.

Platt berkata beliau berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk mempertahankan jersi kuning pada peringkat ketiga pada Khamis.

Bagi Klemencic, mewakili pasukan kebangsaan Slovenia, mempamerkan persembahan yang cukup baik untuk mengekalkan jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan.

Beliau menamatkan peringkat kedua dengan catatan masa 2:12:20.60s untuk muncul juara, sekali gus merakamkan catatan masa keseluruhan 5:03:12.40s.

Pelumba senegara Klemencic, Tanja Zakelj, yang mewakili pasukan Unior Tools, di tempat kedua dengan masa 2:13:25.70s manakala pelumba Itali, Eva Lechner daripada pasukan Colnago Suditrol di tempat ketiga dengan catatan masa2:16:54.40s.

"Perlumbaan ini sukar tetapi lebih mudah daripada tahun lepas kerana ia lancar. Ia adalah sukar di peringkat pendakian tetapi bersyukur kerana tiada masalah. Saya mahu memenangi peringkat seterusnya dan cuba mengekalkan jersi merah jambu," kata Klemencic, yang bersaing buat kali ketiga dalam edisi ini.

Pada perlumbaan pada Khamis, pelumba akan menghadapi cabaran peringkat ketiga sejauh 81km bermula di Oriental Village.

Edisi kelima LIMBC 2014 yang bermula Isnin hingga Sabtu, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$150,000 (RM500,000).

KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA:

LELAKI ELIT:

1. Karl Platt (GER) Bulls (1:49:22.70s)     

2. Michal Lami (SVK) Slovakia (1:50:32.40s)

3. Fabian Giger (SUI) Giant Pro XC Team (1:51:32.00s)

WANITA ELIT:

1. Blaza Klemencic (SLO) Slovenia (2:12:20.60s)

2. Tanja Zakelj (SLO) Unior Tools (2:13:25.70s)

3. Eva Lechner (ITA) Colnago Suditrol (2:16:54.40s) 

Tags / Kata Kunci: LIMBC , sukan berbasikal

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan