Para Asia: Malaysia Yakin Insiden Doping Tidak Berulang

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 9:38 PM

Ab Jalil bersama Kontijen Paralimpik Asian negara ketika upacara menaikkan bendera perkarangan perkampungan Atlet di Incheon pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Malaysia yakin insiden penarikan balik pingat akibat kegagalan ujian doping tidak akan berlaku dalam kalangan atlet paralimpik negara yang menyertai Sukan Para Asia 2014 di sini.

Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Ab Jalil Abdullah berkata ini kerana, semua 135 atlet paralimpik telah mengisytiharkan jenis ubat-ubatan mereka kepada pihak pengelola kejohanan itu di sini.

"Atlet paralimpik tidak perlu menjalani saringan doping namun semua jenis ubat yang diambil mereka harus dimaklumkan kepada pihak penganjur untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Mereka semua bersedia untuk bertanding dan kita akan cuba mengelak sebarang kemungkinan berlakunya penyalahgunaan ubat-ubatan dalam kalangan atlet kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menaikkan Jalur Gemilang di Perkampungan Sukan Para Asia di sini, Selasa.

Seramai 199 atlet dan pegawai menyertai majlis menaikkan bendera Jalur Gemilang itu pada temasya terbesar di rantau Asia itu, yang akan bermula dari 18 hingga 24 Oktober ini.

Pada upacara itu, kontinjen Malaysia, Myanmar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) disambut Datuk Bandar Perkampungan Sukan Para Asia, Hwang Jeonbae.

Atlet Malaysia tiba di Incheon pada Isnin dan mula mengadakan latihan bermula Rabu.

"Saya dapati mereka bersemangat tinggi...atlet paralimpik negara sentiasa bersedia menghadapi lawan.

"Kebanyakan atlet kita berpengalaman, pernah menyertai kejohanan besar begini. Cuma ada beberapa sahaja yang pertama kali menyertai kejohanan besar namun ada di antara mereka merupakan prospek pingat buat negara," katanya.

Ab Jalil berkata pihak penganjur temasya itu juga menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal dan dewan makan yang bersesuai untuk atlet paralimpik.

Tags / Kata Kunci: Para Asia 2014 , Ab Jalil Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan