Mohd Shafari Gagal Kekalkan Jersi Oren

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 11:39 PM

Pelumba Lelaki Elit meredah 'Spillway' Empangan Saga dalam peringkat ke dua mengelilingi Pulau sejauh 65 kilometer pada kejohanan LIMBC 2014 di Langkawi pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelumba Malaysia Mohd Shafari Abd Malik gagal mempertahankan jersi oren selaku pendahulu kategori Lelaki Terbuka apabila sekadar menduduki tempat kedua pada peringkat pertama Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 di sini, Selasa.

Selepas memenangi acara prolog ujian masa individu semalam, Mohd Shafari gagal meneruskan kecemerlangan itu dalam saingan peringkat pertama "Langkawi Round Island", perlumbaan sejauh 65 kilometer mengelilingi pulau peranginan ini yang bermula di Taman Lagenda pada Selasa.

Jersi oren kini milik pelumba Thailand, Seree Ruangsiri, yang mewakili Team Endurance Thailand selepas memenangi saingan pada Selasa dengan catatan masa dua jam 47 minit dan 41 saat.

Beliau mengalahkan Mohd Shafari, 31, yang mewakili pasukan Kedah, yang mencatatkan masa 2:48:15s untuk menduduki tempat kedua manakala rakan sepasukan Seree, Surachet Sing-Jui, di tempat ketiga dengan masa 2:51:51s.

"Saya bersyukur kerana rezeki saya untuk masih berada di atas podium hari ini selepas bekerja keras walaupun gagal untuk mempertahankan jersi oren yang saya menangi semalam. Tapi, itu bukan penghalang untuk saya cuba yang lebih baik untuk peringkat kedua pada Rabu.

"Perlumbaan hari ini sangat mencabar kerana hujan malam semalam. Banyak kawasan berlumpur dan berair tetapi syukur saya tidak mengalami masalah menghabiskan cabaran hari ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata untuk berada di tempat kedua pada Selasa, beliau terpaksa berdepan dengan dua pelumba dari Thailand yang menjadi pesaing hebatnya sejak Isnin.

"Pada awal cabaran, saya dapat bantuan dari rakan tetapi 40 km kemudian saya bersendirian...di sini boleh dikatakan saya "dibuli" oleh pasukan Team Endurance Thailand yang bergerak secara beramai-ramai sehingga menyukarkan saya untuk berada di hadapan.

"Saya terpaksa kerja keras seorang diri dan enam kilometer terakhir saya mengayuh dengan bersungguh-sungguh untuk menang," katanya. 

Mohd Shafari berkata untuk peringkat kedua pada Rabu, beliau mahu merampas semula jersi oren.

Sebanyak lima kategori dipertaruhkan pada edisi kali ini iaitu kategori Lelaki dan Wanita Elit, Lelaki Terbuka serta Masters dan Senior Masters Lelaki.

Pada Rabu, perlumbaan peringkat kedua LIMBC 2014 'Langkawi East To West' sejauh 45km akan bermula di Taman Lagenda.

Keputusan Kategori Lelaki Terbuka:

1. Seree Ruangsiri (Team Endurace Thailand) 2:47:41s

2. Mohd Shafari Abd Malik (Kedah) 2:48:15s

3. Surachet Sing-jui (Team Endurace Thailand) 2:51:51

Tags / Kata Kunci: LIMBC , Mohd Shafari Abd Malik

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan