Malaysia Perlu Suruhanjaya Bagi Tangani Kemerosotan Prestasi Sukan Negara

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 11:14 PM

Peter Vellapan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah suruhanjaya antara lain melibatkan pakar asing perlu ditubuhkan bagi menangani kemerosotan prestasi sukan negara di persada antarabangsa, demikian disyorkan oleh tokoh sukan Datuk Peter Vellapan.

Bekas setiausaha agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu mencadangkan anggota suruhanjaya itu terdiri daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan pakar pembangunan sukan dari luar negara.

"Gabungan idea daripada pakar seperti dari Malaysia, Australia, Jepun, China dan Amerika Syarikat boleh membantu negara mempunyai program pembangunan atlet berbakat secara progresif dan sistematik.

"Paling penting kita perlu ada kelab dalam setiap jenis sukan...sebahagian daripada pembangunan pelbagai peringkat umur, bermula daripada usia 12 hingga 23 tahun," katanya pada sidang media bersama di Wisma MOM di sini Khamis.

Turut hadir setiausaha agung MOM, Datuk Shieh Kok Chi dan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan MOM dan Majlis Olimpik Asia (OCA), Tan Sr Dr M. Jegathesan.

Vellapan berkata Malaysia juga memerlukan pemimpin profesional dalam bidang sukan yang serius mengenai pembangunan sukan di negara ini.

"Kita ketandusan kepimpinan profesional dalam persatuan sukan kebangsaan. Kita memerlukan pemimpin sukan yang begitu bersemangat dalam menyediakan ruang untuk atlet berbakat membesar dalam program pembangunan yang sistematik dan progresif," katanya.

Sementara itu, Sieh berkata semua persatuan sukan kebangsaan perlu bertanggungjawab terhadap atlet mereka yang dipilih di bawah kategori B yang menampilkan persembahan buruk dalam temasya sukan antarabangsa.

Beliau berkata atlet kategori A yang layak mengikut merit dibiayai sepenuhnya oleh dana kerajaan manakala atlet kategori B, yang tidak layak, dihantar ke temasya sukan antarabangsa atas tajaan persatuan masing-masing.

"Bagaimanapun, presiden persatuan sukan masih mempunyai tanggungjawab terhadap atlet dan negara. Anda tidak boleh memberi alasan atlet mereka menampilkan persembahan hambar hanya kerana bukan dalam kategori A," katanya.


Tags / Kata Kunci: Peter Vellapan , sukan , Malaysia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan