Sukan Asia: Presiden OCA Gesa Atlet Dibenarkan Pakai Hijab

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 11:03 PM

Atlet bola keranjang wanita Qatar berjalan keluar dari gelanggang selepas menarik diri dalam perlawanan bertemu Mongolia di Sukan Asia 2014 pada 24 September lalu kerana pemakaian hijab tidak dibenarkan. -AFP

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah menggesa supaya atlet wanita dibenarkan memakai hijab dalam semua jenis sukan selepas pasukan bola keranjang Qatar menarik diri daripada menyertai Sukan Asia kali ini.

Pasukan bola keranjang wanita Qatar bertindak meninggalkan gelanggang selepas Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang mereka memakai hijab ketika perlawanan.

Qatar menyelar tindakan itu dengan menyifatkannya sebagai satu 'penghinaan', walaupun pemakaian hijab telah dibenarkan dalam kebanyakan jenis sukan peringkat dunia.

Sheikh Ahmad berkata beliau sedih terhadap kes membabitkan kontinjen Qatar itu dan meminta FIBA melakukan perubahan.

"Hijab sudah diterima dalam semua sukan, termasuk FIFA, bola tampar, olahraga dan padang. Kesemuanya ada yang memakai hijab tetapi tidak bagi bola keranjang.

"Tiada alasan untuk menghalang pemakaian hijab dalam sukan," katanya sambil menambah 'tiada beza' di antara sukan bola keranjang, bola sepak, tinju, bola baling atau bola tampar.

Bagaimanapun FIBA telah membenarkan pemakaian hijab dalam kejohanan kebangsaan dan pada tahun depan dijangka akan membenarkannya di peringkat antarabangsa.

Jawatankuasa tertinggi badan induk itu berkata larangan terhadap pemakaian hijab tidak berkaitan dengan agama. 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan