Mana Hilangnya KP MSN?

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 2:28 PM

Zolkples Embong

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Sudah menjadi tradisi setiap kali tamat kejohanan besar seperti Temasya Sukan Asia, ketua pengarah Majis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan sidang media khas bagi mengulas pencapaian kontinjen negara sepanjang kejohanan berlangsung.

Namun berbeza kali ini, apabila kelibat 'orang kuat MSN itu' serta pegawai kanannya tidak kelihatan, sebaliknya hanya Ketua Kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berani tampil memberi ulasan pencapaian atlet negara di Incheon.

Kebanyakan media Malaysia yang membuat liputan di Temasya Sukan Asia ke-17 meluahkan rasa pelik apabila melihat sikap berbeza Datuk Seri Zolkples Embong seolah-olah melarikan diri apabila bertembung media di venue kejohanan.

Keadaan tersebut menimbulkan pelbagai andaian sama ada ketua pengarah MS Nitu 'melarikan diri' atas kegagalan di Incheon dan Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland pada Ogos lepas ataupun pengumuman Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk membuat rombakan besar-besaran dalam MSN mengganggu fikirannya.

Apapun bentuk andaian dibuat sekalipun hanya 'tuan milik badan' yang mengetahui keadaan sebenar.

Danyal berkata beliau ada menjemput Zolkples bersamanya hari ini, namun ketua pengarah MSN itu menolak tanpa menyatakan alasan.

"Saya tak tahu kenapa Datuk Zol (Zolkples) tidak mahu hadir hari ini walaupun saya telah memberitahu bahawa media Malaysia membuat permintaan untuk mengadakan sidang media hari ini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mungkin Zolkples mempunyai urusan lain yang lebih penting untuk diselesaikan pada Sabtu.

Danyal berkata ketua pengarah MSN itu turut memberitahunya bahawa beliau tidak dapat hadir pada majlis penutup kejohanan di Stadium Utama Asiad Incheon kerana tidak membawa pakaian rasmi kontinjen negara.

Malaysia gagal mencapai sasaran lapan pingat emas seperti yang diletakkan sebelum ini apabila menamatkan cabaran di Incheon di tempat ke-14 dengan membawa pulang lima pingat emas, 14 pingat perak dan 14 pingat gangsa.

Sepanjang penyertaan di Sukan Asia, kontinjen Malaysia meraih empat pingat emas di Hiroshima, Jepun (1994), lima emas di Bangkok, Thailand (1998), enam emas di Busan, Korea Selatan (2002), lapan emas di Doha, Qatar (2006) dan sembilan emas di Guangzhou, China (2010) yang juga adalah pencapaian terbaik negara.


Tags / Kata Kunci: MSN , Sukan Asia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan