Sukan Asia: Karate Tamat Saingan Dengan Dua Emas, Dua Gangsa

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 7:09 PM

S.Senthil Kumaran meraih pingat gangsa acara kumite bawah 55kg lelaki apabila berjaya menewaskan peserta dari Indonesia Suryadi dalam perlawanan akhir di Gyeyang Gymnasium, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Skuad karate menamatkan kempen Sukan Asia ke-17 dengan menambah satu lagi pingat menerusi S. Shree Sharmini  menjadikan jumlah keseluruhan empat pingat dalam sukan itu.

Shree Sharmini menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen negara dalam acara kumite bawah 68kg wanita selepas menewaskan lawannya dari Iran, Pegeh Zangenehkalkooti 2-1.

Pingat emas dimenangi peserta Kazakhsatan, Guzaliya Gafurova yang menewaskanl awannya dari China, Tang Lingling yang meraih perak.

Satu lagi pingat gangsa dimenangi peserta Taiwan, Chao Jou. 

Shree Sharmini memulakan kempen dengan cemerlang apabila mengalahkan Kayo Someya dari Jepun 3-0 pada suku akhir.

Namun, beliau terkandas pada peringkat separuh akhir selepas tewas 2-0 kepada Guzaliya. Sementara itu, seorang lagi atlet karate A. Nisha terlepas pingat gangsa apabila tewas pada pusingan penentuan acara kumite bawah 55kg.

Nisha bermula agak hambar apabila tewas pusingan pertama kepada pesertaTaiwan, Wen Tzu Yun, 5-1 sebelum mendapat kemenangan percuma daripada Hoang Yen Phuong dari Vietnam dalam pusingan 'repecharge'.

Pingat emas acara ini dimenangi peserta Taiwan, Wen Tzu Yun, perak milik Sabina Zakharova dari Kazakhstan dan gangsa dimenangi bersama Miki Kobayashidari Jepun dan Mae Soriano dari Filipina.

Skuad negara mengakhiri kempen di sini dengan mengumpul dua emas menerusiLim Chee Wei dalam acara kata lelaki dan J. Syakilla Salni dalam acara kumite wanita bawah 61kg.

Selain Shree Sahrmini, satu lagi pingat gangsa disumbangkan oleh S. SenthilKumaran dalam acara kumite lelaki bawah 55kg.

Tags / Kata Kunci: karate , sukan asia

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan