Sukan Asia: Jun Hoong Kutip Gangsa Acara Terjun

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 9:16 PM

Aksi final Jun Hoong.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Penerjun negara, Cheong Jun Hoong menambah sebutir pingat gangsa menerusi acara 3m papan anjal individu wanita padahari ke-14 temasya Sukan Asia ke-17 di Pusat Akuatik Munhak Park Tae-hwan, Jumaat.

Pada Khamis, Jun Hoong bersama gandingan Wendy Ng Yan Yee memenangi pingat perak menerusi acara 3m papan anjal seirama.

Pada aksi final ini, Jun Hoong  berjaya mengutip sebanyak 327.10 mata dengan perbezaan 70.8 mata di belakang pemenang pingat perak, Wang Hang dari China yang mengumpul sebanyak 359.30 mata.

Pingat emas bagi acara tersebut dimenangi oleh penerjun China, He Zi selepas berjaya mengumpul markah tertinggi 374.45 mata.

Jun Hoong berkata beliau rasa gembira dengan kejayaan tersebut walaupun hanya meraih pingat gangsa kerana berjaya memperbaiki catatan mata 271.60 mata yang  dilakukanya pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, Ogos lepas.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan rakan sepasukan yang telah banyak memberi sokongan kepada  saya selama ini," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau akan memperbaiki beberapa kelemahan dan berlatih dengan lebih gigih bagi meningkatkan presembahan pada kejohanan akan datang.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa Ooi Tze Liang apabila hanya menduduki tempat ketujuh dalam 10m platform individu lelaki  dengan 414.00 mata manakala rakan sepasukan Chew Yiwei pula menduduki tempat kelapan dengan 406.60 mata.

Pingat emas dan pingat perak bagi acara tersebut turut dikuasai penerjun China apabila Qiu Bo (pingat emas) dan Yan Jian (perak) masing-masing  berjaya mengumpul sebanyak 576.40 mata dan 526.95 mata.

Pingat gangsa pula milik penerjun Korea Selatan, Woo Haram dengankutipan 499.40 mata.

Tags / Kata Kunci: sukan asia , terjun , Cheong Jun Hoong

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan