Syakilla Salni Lupakan Kesakitan Untuk Raih Emas

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 1:58 PM

Syakilla Salni ceria sebaik dinobatkan sebagai juara acara karate pada penyertaan pertamanya di Sukan Asia.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Atlet karate wanita negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan melupakan kesakitan daripada kecederaan pangkal paha yang dialaminya untuk menang dalam acara kumite dan menghadiahkan emas kelima buat kontinjen Malaysia pada Jumaat.


Kemenangan pada temasya Sukan Asia yang pertama kali disertainya adalah pencapaian terbaik Syakilla Salni selepas meraih emas pada Sukan SEA Myanmar.

Syakilla Salni, 22, menang emas dalam acara kumite bawah 61 kilogram (kg) wanita selepas menewaskan lawannya dari Uzbekistan, Barno Mirzawa.

Anak kelahiran Klang, Selangor itu mengutip 10 mata untuk menewaskan lawannya Barno yang sekadar meraih dua mata walaupun dilihat agak agresif menyerang lawan.

"Saya lupakan kecederaan saya tadi. Saya tidak fikir sakit langsung...cuma fikir untuk buat yang terbaik," katanya.

Syakilla Salni mengalami kecederaan hamstring atau pangkal paha berulang ketika berdepan lawannya dari China Yin Xiaoyan pada separuh akhir selepas diasak keras di bahagian kaki.

Terdahulu, pada pusingan pertama Syakilla Salni menewaskan lawannya dari Filipina Princess Diane Sicangco 3-1 untuk mara ke suku akhir menewaskan lawannya dari Vietnam Bui Thi Ngoc Han 4-1.

Pada perlawanan separuh akhir pula, Syakilla Salni menang 2-0 ke atas Yin Xiaoyan dari China untuk mara ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, nasib berbeza kepada seorang lagi pemenang pingat emas Sukan SEA Myanmar, S Senthil Kumaran apabila terpaksa akur dengan pingat gangsa selepas terlepas aksi akhir apabila tewas kepada lawan dari Arab Saudi Imubarak Abdullah Alharbi dengan 0-8.

Pada perlawanan penentuan pingat gangsa acara kumite bawah 55kg lelaki, Senthil menundukkan lawan dari Indonesia Suryadi selepas undian juri berpihak kepada atlet negara semasa kedudukan terikat 4-4.

"Saya target untuk dapatkan pingat emas namun saya tetap bersyukur dengan pingat gangsa sebab ini kali pertama menyertai Sukan Asia," katanya.

Senthil, 22, kelahiran Dengkil, bermula dengan baik apabila menewaskan lawan dari tuan rumah Korea Selatan Gu Juyeong pada pusingan pertama 3-1, sebelum menang 7-0 dengan peserta Nepal Bijay Lama untuk ke separuh akhir.


Tags / Kata Kunci: karate , Syakilla Salni Jefry Krisnan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan