Giliran Regu Lelaki Negara Terima 'Badi' Kekalahan Di Tangan Thailand

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Regu sepak takraw lelaki negara gagal menamatkan 'badi' kekalahan yang berpanjangan selama 20 tahun di temasya Sukan Asia ke-17 selepas tewas 2-0 kepada Thailand dalam aksi separuh akhir di Bucheon Gymnasium dekat sini.


Regu negara yang dibarisi Mohd Zamree Mohd Dahan, Ahmad Aizat Mohd Nor dan Mohd Syazreenqamar Salehan tunduk dengan mata 21-9 dan 21-8 dalam masa 36 minit kepada trio pasukan 'Gajah Putih' yang diwakili Kaokew Pornchai, Khamchan Sittipong dan Yupadee Pattarapong.

Kegagalan itu sekali lagi menghampakan peminat sukan sepak takraw negara yang dahagakan kejayaan pasukan Malaysia sejak kali terakhir meraih pingat emas di Sukan Asia edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Jurulatih negara, Jamaluddin Hassan berkata, Thailand mempunyai banyak kelebihanan berbanding Malaysia menyebabkan anak didiknya sukar mengalahkan pasukan 'Gajah putih' itu.

"Kita masih berada ditahap lama apabila pemain masih melakukan kesilapan yang sama iaitu dari segi servis bola pertama dan kawalan bola yang membuka peluang mudah kepada Thailand untuk mengutip mata.

"Namun saya tidak menyalahkan pemain dalam perkara ini kerana mereka kurang berpengalaman dan masih baharu jika dibandingkan dengan pemain Thailand yang jauh lebih berpengalaman," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Khamis.

Jurulatih berusia 60 tahun itu berkata semua pemain dalam skuadnya adalah merupakan pemain baharu yang pertama kali beraksi di Sukan Asia malah mereka tidak mempunyai pengalaman di peringkat Sukan SEA sekali pun.

"Pemain keluar masuk dalam skuad sepak takraw bukan perkara baharu, kebanyakan daripada mereka tidak dapat terus bersama skuad kebangsaan kerana tidak mendapat pelepasan daripada majikan selepas tamat sesuatu kejohanan menyebabkan pasukan terpaksa mencari pemain baharu untuk mengisi kekosongan tersebut," katanya.

Beliau berkata pemain sepak takraw kebangsaan paling lama dapat bertahan dalam pasukan adalah selama tiga tahun berbeza dengan pemain Thailand yang terdiri daripada tentera yang mendapat pelepasan penuh dari majikan.

Jamaluddin berkata beliau mendapat bayangan bahawa akan kehilangan pemain selepas tamat Sukan Asia apabila terdapat pemain yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan ada juga masih belum mendapat kerja.

"Jika masalah ini berpanjangan kita tidak dapat mengubah apa-apa dan sukan sepak takraw kekal di tahap yang sama. Saya merayu kepada pihak yang berwajib segera menyelesaikan perkara ini agar ia tidak berlarutan bagi membawa perubahan terhadap sukan sepak takraw negara," katanya.


Tags / Kata Kunci: sepak takraw , Bucheon Gymnasium , Thailand

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan