Sukan Negara Perlu Dana Mencukupi Menerusi Bajet 2015 - Khairy - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Negara Perlu Dana Mencukupi Menerusi Bajet 2015 - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 9:54 PM

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman diantara Penaung Purple League (M) Sdn Bhd, Datuk Jack Koh (kiri) dengan Pengurus Kumpulan Inbisco Marketing and Sales Sdn Bhd bagi negara Malaysia, Singapura, Brunei dan Taiwan, Ng Kin Kok (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Purple League (M) Sdn Bhd dengan Inbisco Marketing and Sales Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bidang sukan negara diharap tetap memproleh peruntukan mencukupi di bawah Bajet 2015.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata walaupun atlet negara gagal menyerlah di dua kejohanan besar tahun ini iaitu Sukan Komanwel di Scotland dan Sukan Asia di Korea Selatan, sukan negara tetap memerlukan suntikan dana untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa.
 
"Mungkin selepas pengalaman di Incheon dan Glasgow, orang cakap tidak payah bagi duit lagi kepada sukan negara, tapi saya rasa itu tindakan yang akan menghukum masa depan sukan kita.
 
"Kita harus anggap pengalaman di Incheon dan Glasgow sebagai isyarat bahawa legasi kita selepas Sukan Komanwel 1998 sudah tamat dan mulai hari ini sukan kita perlu membina legasi baru untuk masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan liga profesional badminton pertama di Malaysia, Kopiko Purple League.

Kopiko Purple League bakal berlangsung di Sports Arena di Taman Sentosa, Kuala Lumpur bermula 25 Oktober ini sehingga 1 Februari tahun hadapan yang disertai 12 pasukan.

Mengenai bajet bagi belia pula, Khairy berharap terdapat sesuatu yang akan dilaksanakan bagi membantu golongan muda terutama dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau berkata pihaknya telah mencadangkan supaya dibina satu kawasan perumahan bandar bagi belia di pinggir bandar berdekatan ibu kota.
Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , Sukan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan