Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Wushu Perlu Dikembalikan

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 6:00 PM

Tai Cheau Xuen harus memulangkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara nandao dan nanquan

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Kontinjen negara di Temasya Sukan Asia ke-17 di sini tidak mempunyai pilihan lain selain menerima keputusan penarikan balik pingat emas pertama negara yang diperoleh menerusi acara wushu selepas Jawatankuasa Sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan yang dibuat sebelum ini.

Ketua kontinjen negara, Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata beliau akur dengan keputusan tersebut kerana percaya CAS merupakan badan yang bersifat berkecuali dan tidak berat sebelah dalam membuat keputusan itu.
 
"Sudah pasti saya sebagai rakyat Malaysia saya kecewa dengan keputusan tersebut, namun dalam hal seperti ini, kita terpaksa menerima keputusan CAS dan tidak ada guna untuk kita melawan mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Daniyal berkata beliau meminta agar CAS segera mengemukakan butiran fakta sebab mereka menolak rayuan Malaysia dan mereka akan menghantar butiran tersebut selewat-lewatnya esok.
 
"Berasaskan prosedur, saya difahamkan CAS akan mengemukakan pandangan kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) untuk menarik balik pingat emas pertama negara dan kita tidak boleh berbuat apa-apa bagi membantah keputusan tersebut," katanya.
 
Daniyal berkata kontinjen negara masih menyokong atlet wushu tersebut Cheau Xuen, namun pada masa sama beliau tidak ingin Malaysia dilabel oleh masyarakat sukan antarabangsa sebagai pemenang pingat dengan cara yang salah.
 
"Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai keputusan CAS. Apa-apa pun kita perlu lihat apa alasan yang bakal diberikan oleh OCA selepas ini," katanya.

Pada Selasa lepas, OCA memutuskan untuk menarik balik pingat emas Cheau Xuen yang dimenangi dalam acara gabungan nanquan dan nandao selepas atlet berkenaan gagal dalam ujian doping.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur sebelum ini, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dibuat pada 20 Sept selepas pertandingan mendapati ia mengandungi 'Sibutramine' iaitu bahan terlarang dalam senarai larangan Agensi Antidoping Sedunia (WADA).

Pagi Khamis, sesi pendengaran CAS diadakan di Hotel Oakwood dekat sini yang dihadiri Daniyal serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz untuk memberi pandangan secara lisan dan bertulis kepada pihak CAS.

Sebagai rekod, pada Sukan Asia Busan 2002, atlet Malaysia turut didapati positif dadah apabila tiga pemain sepak takraw Firdaus Abdul Ghani, Hanif Azman dan Aznan Raslan dihantar pulang selepas didapati positif morfin dan mereka digantung dua tahun.

Tags / Kata Kunci: Sukan Asia , Tai Cheau Xuen , wushu

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan