Sukan Asia: Chee Wei Pertahan Emas Kata Lelaki

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 2:11 PM

Chee Wei (dua kiri) bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara Kata lelaki di Sukan Asia, Incheon.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Tampil buat pertama kali di pentas Sukan Asia, atlet karate negara Lim Chee Wei ternyata cemerlang apabila menghadiahkan kilauan emas kepada kontinjen negara dalam acara karate yang berlangsung di Gyeyang Gymnasium pada Khamis.

Chee Wei menewaskan lawannya dari Indonesia Fidelys Lolobua 3-2 dalam acara Kata lelaki akhir.

Kemenangan kali ini lebih bermakna apabila Chee Wei mengekalkan pingat emas yang dimenangi jurulatihnya Ku Jin Keat, yang diraih pada edisi 2010 di Guangzhou.

"Saya sangat teruja dan rasa bersyukur sebab sudah lama berlatih, bersiap secara intensif sudah banyak dan sekarang inilah hasilnya.

"Saya jangka satu pingat tak kira warna saja. Ini pertama kali saya menyertai sukan ini dan kali ini persaingan agak sengit berdepan juara Asia, kata atlet berusia 23 tahun, kelahiran Pulau Pinang itu.

Pada pusingan akhir acara Kata lelaki hari ini, Chee Wei mempamerkan gerakan pantas serta kemas untuk mencuri perhatian barisan pengadil yang ternyata berpihak kepada beliau.

"Saya tidak pernah kalahkan dia. Dalam pusingan akhir itu, saya rasa boleh buat yang lebih baik," katanya yang mendedikasikan pingat emas kepada jurulatihnya, Jin Keat dan pasangan kekasihnya Lim Lee Lee yang juga pemenang pingat gangsa acara Kata wanita di Guangzhou, serta bekas jurulatihnya Patrick Lim.

Katanya, Jin Keat dan Lee Lee banyak membantu dari segi latihan dan berterima kasih kepada kedua-dua mereka kerana telah menjadi 'sifu' sejak berusia 10 tahun lagi.

Sementara itu, jurulatihnya Jin Keat berkata beliau sangat gembira dengan pencapaian anak buahnya yang mengekalkan pingat emas dimenanginya empat tahun lepas.

"Saya baru ambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan elit bermula Februari tahun ini. Saya gembira sebab Persekutuan Karate Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) beri kepercayaan kepada saya untuk melatih pasukan ini.

"Dengan kejayaan hari ini, saya rasa Chee Wei mampu pergi jauh dan boleh memberikan persembahan yang baik sebab dia masih muda. Semasa Sukan Asia saya yang terakhir pun masa umur saya 35 tahun," katanya.

Beliau berkata skuad karate buat masa ini tidak ada masalah untuk melahirkan ramai atlet karate memandangkan program awal yang telah dimulakan sejak 10 tahun lepas.

Katanya, skuad elit dan pelapis sering berlatih bersama di pusat latihan di Pulau Pinang.


Tags / Kata Kunci: Sukan Asia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan