Sukan Asia: Skuad Hoki Negara Terlepas Pingat Gangsa

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 9:42 PM

Pemain hoki negara kecewa setelah tewas 2-3 kepada Korea dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Seonhak Hockey Stadium di Incheon pada Khamis. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: 'Sudah jatuh, ditimpa tangga' itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada skuad hoki lelaki negara di Temasya Sukan Asia ke-17 yang bukan hanya gagal dalam misi untuk mara ke final tetapi turut gagal meraih gangsa selepas kalah 2-3 kepada Korea Selatan pada aksi penentuan pingat yang berlangsung di Stadium Hoki Seonhak dekat sini pada, Khamis.

Pasukan tuan rumah yang mendapat sokongan moral penuh penyokong yang membanjiri stadium bermula garang apabila pemainya Jang Jonghyun membuka jaringan pada minit ke-19 hasil pukulan sudut penalti.

Gol padang yang dilakukan pemain Korea Selatan, Kim Youngjin pada minit ke-30 meletakan mereka dengan kelebihan dua jaringan di hadapan Malaysia.

Namun kesilapan yang dilakukan pasukan Korea Selatan di petak 'D' mencipta peluang kepada Muhammad Razie Abdul Rahim untuk bertindak cemerlang menjaringkan gol sulong hasil pukulan penalti stroke tajam yang menewaskan penjaga gawang lawan, Lee Myungho pada minit ke-34.

Bagaimanapun kegembiran Malaysia tidak kekal lama apabila Jang Jonghyun menjaringkan gol menerusi kaedah yang sama pada minit ke-43.
 
Malaysia bangkit dengan jaringan kedua Muhammad Razie pada minit ke-44 namun ia sudah terlewat apabila pengadil perlawanan menamatkan perlawanan.

Pingat gangsa menjadi milik Korea Selatan apabila perlawanan tamat dengan keputusan 3-2.

Jurulatih hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvara yang ditemui pemberita selepas tamat perlawanan berkata beliau terpaksa menerima hakikat kegagalan tersebut biarpun pemain telah bersungguh-sungguh sehingga minit terakhir perlawanan.
 
"Beberapa kelemahan seperti kawalan pada petak D harus segera diperbaiki walaupun pemain barisan berlakang dilihat bertindak cemerlang hari ini," katanya.

Beliau berkata penjaga gawang negara S. Kumar bertindak cemerlang apabila berjaya menafikan beberapa cubaan pukulan sudut penalti yang dilakukan oleh Korea Selatan.
 
Ditanya sama ada beliau akan terus membimbing skuad hoki lelaki kebangsaan selepas ini, Arul berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pihak persatuan dan juga Majlis Sukan Negara untuk membuat keputusan.

"Saya tidak pernah terfikir untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai jurulatih kebangsaan selepas menyelesaikan tugas di Incheon kerana pasukan hoki remaja sedang menunggu kepulangan saya," katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa pemain kebangsaan yang meminta beliau agar kekal dalam skuad kebangsaan kerana mereka selesa dengan pendekatan yang dibawa.
 
"Saya memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain untuk menggunakan kreativiti sendiri dalam menghasilkan jaringan dan mereka senang dengan kaedah ini yang tidak memberi tekanan kepada mereka," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan