Sukan Asia: Tiada Pingat Hari Ketiga Terjun

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 5:38 PM

Ooi Tze Liang.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Skuad negara tidak menyerlah pada hari ketiga acara terjun dipertandingkan pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini apabila gagal meraih sebarang pingat dalam acara 1 meter papan anjal individu lelaki dan wanita.

Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman tidak meneruskan kecemerlangan semalam apabila sekadar menamatkan enam pusingan terjunan di tempat kelima dan keenam.

Ooi mengutip 356.70 mata manakala Ahmad Amsyar mengumpul 352.75 mata.

Kedua-dua penerjun mempamerkan aksi hambar apabila Ooi mengutip 33.00 mata dalam terjunan kedua pada darjah kesukaran 3.0 manakala Ahmad Amsyar pula mengutip 30.00 mata pada terjunan keempat dengan darjah kesukaran 3.0.

Semalam, Ooi dan Ahmad Amsyar meraih pingat perak acara 3m papan anjal seirama lelaki dengan 405.81 mata.

Sekali lagi, penerjun adik-beradik dari China menguasai pingat emas dan perak apabila He Chao mengutip 462.85 mata manakala abangnya, He Chong mengutip 443.10 mata untuk tempat kedua.

Pingat gangsa diraih penerjun tuan rumah, Woo Haram dari Korea Selatan dengan 410.00 mata.

Ahmad Amsyar ketika ditemui berkata sedikit kesilapan sahaja menyebabkan beliau gagal meraih lebih banyak mata bagi membuka peluang untuk berada dalam kelompok teratas.

"Saya sedikit tergelincir dari papan sebab itu terjunan tidak baik," katanya yang akan turun beraksi dalam acara 3m papan anjal individu bersama Ooi, esok.

Sementara itu, jurulatih negara, Yang Zhuliang berkata beliau tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan Cheong Jun Hoong dalam acara 1m papan anjal individu wanita hari ini.

Katanya, Jun Hoong banyak melakukan kesilapan kecil yang akhirnya menyebabkan anak buahnya itu gagal mengumpul mata yang baik.

Ditanya mengenai peluang ratu terjun negara Pandelela Rinong dalam acara 10m platform individu esok, beliau berkata peluang adalah 50-50 memandangkan saingan agak sengit khususnya daripada penerjun China, Korea Utara dan Jepun.
Tags / Kata Kunci: Terjun , Sukan Asia

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan