Malaysia Akan Cabar Keputusan Tarik Balik Pingat Emas Atlit Wushu

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 9:16 AM

Tai Cheau Xuen

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Timbang Tara Sukan (CAS) di Incheon, Korea Selatan berhubung keputusan Majlis Olimpik Asia (OCA) menarik balik pingat emas atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen pada Sukan Asia Ke-17, selepas gagal ujian dadah.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia perlu mencabar keputusan Melanggar Peraturan AntiDoping (ADRV) terhadap atlet itu kerana adanya kesangsian terhadap integriti proses menguji sampel air kencing (CoC).

"Ini amanah dan tanggungjawab kita dalam memastikan kepentingan dan maruah sukan negara terus terpelihara.

"Saya memandang serius tuduhan penggunaan dadah ke atas Cheau Xuen sehingga penyertaannya dibatalkan dan pingat emas yang dimenanginya ditarik balik," katanya menerusi kenyataan.

Khairy berkata Malaysia perlu mencabar keputusan Melanggar Peraturan Anti Doping (ADRV) terhadap Tai kerana adanya kesangsian.

Khairy berkata beliau difahamkan sampel air kencing itu dan empat sampel lain diambil pada 5.06 petang (waktu di Incheon) pada 20 September lepas di venue acara wushu dan dibawa keluar dari venue itu pada 7.15 malam hari sama ke Pusat Kawalan Doping (DCCC).

"Dokumen CoC mencatatkan sampel itu tiba di DCCC pada 11.10 pagi, dengan anggapan tarikh 21 Sept, memandangkan tiada tarikh dicatatkan pada sampel itu.

"Kemudian, sampel dibawa ke Institut Sains dan Teknologi Korea Selatan (KIST) dan tiba di makmal institut itu pada 1.29 petang, sekali lagi dengan anggapan tarikh 21 September memandangkan tiada tarikh yang dicatatkan.

"Ketiadaan catatan tarikh itu menimbulkan tanda tanya dan keraguan terhadap kronologi perjalanan sampel berkenaan," kata Khairy.

Berdasarkan maklumat itu, katanya, sampel air kencing Cheau Xuen berada dalam simpanan hampir 16 jam.

"Ini adalah sesuatu yang amat pelik dan menimbulkan kesangsian ke atas integriti CoC. Mengapa mengambil masa 16 jam? Jikapun kita mengambil kira masa dan jarak di antara venue, DCCC dan KIST, ia masih tidak masuk akal mengapa mengambil masa yang begitu lama," katanya.

Khairy berkata turut menjadi persoalan ialah wujudnya pindaan dalam dokumen CoC, yang berbeza dengan butiran dalam laporan yang diterima secara rasmi sebelum itu.

Versi dokumen yang dipinda tidak pernah dikemukakan kepada kontinjen Malaysia dan ini sesuatu yang di luar kelaziman memandangkan Malaysia berhak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai sampel itu, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan