Ironman Kembali Meriahkan Langkawi Lepas Empat Tahun

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 1:24 PM

Peserta veteran Ironman Langkawi dari Jepun, Toyomi Taki, 73 (kanan) berjaya menghabiskan disiplin berenang sejauh 3.8 kilometer pada kejohanan Ironman Langkawi 2014 di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Selepas kali terakhir diadakan empat tahun lepas, Kejohanan Ironman Triathlon Langkawi, yang pernah menjadi antara acara berprestij dalam mempromosikan Pulau Langkawi, kembali ke pulau peranginan ini dengan edisi ke-12 yang berlangsung, Sabtu.

Kejohanan Ironman Triathlon Malaysia Langkawi diperkenalkan pada tahun 2000 dan sejak itu menjadi acara tahunan sehingga 2010.

Bagaimanapun, sejak 2011 kejohanan itu tidak diadakan berikutan penganjur ketika itu dikatakan berhadapan dengan masalah kewangan.

Kehadiran semula kejohanan itu sememangnya ditunggu-tunggu penduduk Langkawi memandangkan acara itu pernah menjadi acara ikonik yang turut memeriahkan aktiviti pelancongan di pulau legenda ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Major Events Zulkefli Sharif berkata, dengan usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kejohanan itu berjaya dibawa kembali ke Langkawi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) menyampaikan hadiah kepada Juara Profesional Lelaki, Patrik Nilsson dari Sweden pada Kejohanan Ironman Langkawi 2014 di Dataran Helang, Kuah di sini, Sabtu.


"Sebelum ini, Kejohanan Ironman pernah dibuat di Langkawi sebelum diberhentikan selepas 2010 berikutan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan tetapi dengan arahan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kejohanan ini diadakan semula.

"Malaysia Major Events telah diberi mandat oleh pihak kementerian untuk membawa semula Ironman ke Langkawi. Ini bukanlah perkara yang mudah kerana kita perlu meyakinkan semula pihak penganjur untuk mengadakan kejohanan di Langkawi," katanya mengimbas semula usaha untuk membawa kembali kejohanan itu ke Langkawi.

Zulkefli berkata, selain meyakinkan pihak penganjur iaitu Ironman untuk acara itu kembali diadakan di Malaysia dan Langkawi, mereka juga perlu meyakinkan kembali penduduk tempatan di Langkawi untuk memberi sokongan terhadap acara itu.

Beliau berkata, untuk penganjuran tahun ini, pihaknya telah turun padang dengan mengadakan beberapa program dalam usaha untuk berbincang dengan penduduk tempatan di sini tentang kepentingan mengadakan kejohanan Ironman di Langkawi.

"Kita telah pergi ke kampung-kampung untuk memberi penerangan dan hasilnya rata-rata penduduk tempatan di sini memberi sambutan yang baik. Dengan berlangsungnya Kejohanan Ironman di sini ia mampu memberi impak yang besar kepada pendapatan ekonomi Langkawi dan Malaysia," katanya.

Beliau berkata pulangan yang diperoleh ini akan memberi manfaat kepada semua pihak terutama sekali penduduk tempatan di Langkawi.

"Pihak penganjur telah bersetuju dan kejohanan ini akan terus berlangsung dalam tempoh tiga tahun akan datang. Tempoh yang diberikan adalah untuk melihat dan menilai sama ada kejohanan ini boleh dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Sebanyak 1,398 atlet dari 58 negara bersaing memburu gelaran juara pada edisi ke-12 kejohanan Ironman Triathlon Langkawi 2014 semalam.

Sewaktu edisi ke-11 pada 2010, iaitu kali terakhir kejohanan itu diadakan, sebanyak 690 orang yang mewakili 41 negara menyertai kejohanan itu.

Dalam saingan semalam, Patrick Nilsson dan Diana Riesler, masing-masing mengungguli kategori profesional lelaki dan wanita, untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$8,000 (kira-kira RM25,600).

Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal 180 km dan berlari sejauh 42.2 km yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$40,000 (RM128,000).

Sebanyak 40 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii tahun depan.


Tags / Kata Kunci: Ironman , Langkawi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan