India Halang Malaysia Kutip Emas Keempat

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 12:17 AM

TAHNIAH... Atlet skuasy lelaki (dari kiri) Mohd Azlan Iskandar, Ong Beng Hee, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan dan Ivan Yuen sempat 'berselfie' selepas menerima pingat perak setelah gagal menyaingi India dalam perlawanan akhir Skuasy Berpasukan Lelaki di Pusat Skuasy Yeorumul pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Pasukan lelaki India menggagalkan misi Malaysia untuk mengutip pingat emas keempat pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini apabila India merangkul emas dalam acara skuasy berpasukan lelaki.

Bekas pemain nombor 10 dunia, Mohd Azlan Iskandar gagal mengutip mata pertama pada saingan akhir berpasukan lelaki apabila tewas kepada Sandhu Harinder Pal Singh pada set pertama.

Mohd Azlan nampaknya kehilangan momentum dalam dua set pertama yang menyaksikan Sandhu menang dengan keputusan 8-11 dan 5-11 sebelum Azlan bangkit dalam set ketiga untuk menang 11-8.

Sandhu membuat beberapa pukulan yang cemerlang dalam set terakhir untuk menang 11-4 bagi membolehkan India mengutip mata pertama.

Pemain nombor satu Malaysia, Ong Beng Hee, 30, bermula dengan cemerlang apabila memenangi set pertama dengan 11-6 tetapi Saurav Ghosal menjadikan 1-1 selepas menang set kedua 11-7.

Beng Hee kemudian hilang momentum dalam set ketiga 6-11, sebelum menguasai set keempat 14-12.

Saurav memenangi perlawanan dengan keputusan 11-9 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam dan 28 minit.

"Kami benar-benar kecewa kerana terlepas emas, ia terlau sengit dan pada masa yang sama, pujian harus diberikan kepada pemain nombor tiga India yang bermain dengan cukup baik untuk menewaskan Azlan.

"Saya menggunakan segala-galanya yang boleh hari ini tetapi tidak bernasib baik apabila gagal memenangi set kelima.

"Mungkin saya tertekan selepas Azlan tewas. Sebagai ketua pasukan, saya benar-benar kecewa kerana saya dan rakan sepasukan gagal meraih emas hari ini," kata beliau.

Perlawanan hari ini merupakan kutipan pingat keenamnya pada Sukan Asia.

"Saya cuma kurang bernasib baik apabila membuat penampilan tanpa emas pada Sukan Asia yang saya sertai untuk kali terakhir," katanya.

Beng Hee merangkul pingat emas pertama di Busan dan Doha (2002 dan 2006), dan gangsa pada Sukan Asia di Guangzhou 2010.

Malaysia meraih pingat perak sementara gangsa dimenangi oleh Kuwait dan Hong Kong.

Ketika ditanya mengenai usaha melahirkan pemain muda, Beng Hee berkata Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) harus berbincang mengenai program bagi pemain muda seperti Mohamad Nafiizwan Mohd Adnan dan Ivan Yuen.

"Saya rasa jurulatih perlu banyak berfikir sekarang. Mereka tidak boleh lagi bergantung kepada saya dan Azlan dan saya mungkin bersara. Mungkin SRAM perlu memikirkan mengenai pembiayaan bagi generasi muda mendapat pendedahan yang diperlukan," kata beliau.
Tags / Kata Kunci: Skuasy , Sukan Asia ke-17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan