Kejayaan Benam Jepun, Beri Keyakinan Untuk Berdepan Pakistan

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 2:30 PM

Skuad hoki negara mara ke separuh akhir selepas membenam Jepun.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kemenangan bergaya skuad hoki negara membelasah Jepun 4-1 untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir Sukan Asia merupakan 'senjata' dan bekalan yang dapat memberi keyakinan tinggi kepada pemain apabila berdepan Pakistan di Stadium Hoki Seonhak pada Selasa ini. 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata dengan kemenangan besar itu, beliau melihat skuad hoki negara sudah mempunyai tahap keyakinan yang tinggi manakala corak permainan mereka sudah bertambah baik.

"....... dan inilah persediaan terbaik untuk berdepan dengan Pakistan, bukan setelah mengalami kekalahan tetapi setelah mengalami kemenangan. Jadi, apabila sudah jumpa rentak, saya yakin mereka boleh melakukannya untuk mara ke final.

Saya harap yang terbaik sebab kita pun yakin pasukan ini mampu untuk mara ke perlawanan akhir," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup kursus kadar bakal pegawai tanpa tauliah rendah (sukarela) tidak berpusat siri 1/2014 di padang kawad Rejimen 508 Askar Wataniah (AW), Kem Jalan Rasah di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan skuad hoki negara selaku naib juara kumpulan A mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas membelasah Jepun 4-1 pada aksi pelengkap peringkat kumpulan Sabtu.

Khairy berkata amat penting bagi Malaysia menang dengan Jepun dengan satu cara yang begitu meyakinkan.

"Saya sudah yakin kita akan menang dengan Jepun tetapi yang saya risau kalau kita tidak menang dengan bergaya maka tahap keyakinan pasukan kita berdepan Pakistan tidak tinggi. 

Tetapi dengan kemenangan besar itu dan juga kita kalah tipis sebelum ini dengan Korea Selatan 1-2 sahaja, saya melihat pemain kita sudah ada tahap keyakinan yang tinggi manakala corak permainan mereka sudah bertambah baik dan berharap pasukan itu akan dapat mengekalkan rentak ini atau lebih baik lagi apabila berdepan Pakistan nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pelbagai inisiatif dan perubahan baru perlu dibuat demi masa depan sukan negara.

"Saya tidak berpeluang untuk merangka strategi empat tahun sebelum ini sebab sukan ini setiap empat tahun kita ada perancangan. Apa yang kita lihat hasil hari ini adalah daripada perancangan empat tahun yang lepas. Jadi, saya ada peluang untuk membuat perancangan empat tahun akan datang dan yang penting adalah kita melihat kepada peningkatan selepas ini.

Khairy berkata beliau mengenal pasti beberapa kelemahan dan perkara ini akan diperhalusi dan beliau akan menyediakan satu pelan pembangunan elit yang baru pada awal tahun depan untuk tempoh empat tahun.

Pada majlis itu, 54 pelatih menamatkan kursus kadar bakal pegawai tanpa tauliah rendah (sukarela) selama sebulan mulai 1 September lepas.

Sipper Nur Hanini Ishak dari 21 skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) muncul penuntut keseluruhan terbaik, Prebet Muhammad Amirullah Mohd Razali dari Rejimen 514 Askar Wataniah (penuntut kawad terbaik), Prebet Nur Shazwani Nordin dari Rejimen 508 Askar Wataniah (penuntut akademik terbaik) dan Sipper Mohammad Hafiz Ibrahim dari 21 skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) (penuntut menembak terbaik). 
Tags / Kata Kunci: hoki , Malaysia , Sukan Asia , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan