Tenpin Boling: Beregu Wanita Akhiri Kemarau Pingat

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 7:43 AM

Shalin Zulkifli (kiri) dan Sin Li Jane meraikan kejayaan mereka.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Gandingan Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane mengakhiri penantian pingat dari kem boling negara apabila merangkul pingat perak dalam acara beregu wanita pada Sukan Asia ke-17 di sini Jumaat.

Beregu negara itu merakamkan 2,518 jatuhan pin, iaitu perbezaan 35 pin di belakang pemenang pingat emas Lee Nayoung/Son Yunhee dari Korea Selatan.

Pingat gangsa bagi acara tersebut turut menjadi milik beregu Korea Selatan, Lee Yeongseung/Jung Dawun yang mengumpul sebanyak 2,462 pin.

Shalin berkata beliau dan rakannya Sin telah bekerja keras bagi menyumbang pingat untuk negara setelah gagal bermula baik pada dua perlawanan awal.

"Perlawanan blok kedua pada sebelah petang, sedikit memberi tekanan kepada saya apabila ramai peserta menunjukkan corak permainan yang baik namun kami bernasib baik dapat meraih pingat perak, " katanya yang mendahului perserta lain pada perlawanan blok pertama pada aksi sebelah pagi.

Shalin, bekas pemain nombor satu Asia itu, berkata beliau sebenarnya tidak suka beraksi pada blok pertama kerana terpaksa menunggu dengan penuh debaran melihat pemain lain beraksi di sebelah petang tanpa dapat berbuat apa-apa bagi mengekalkan kedudukan di tempat teratas.

"Saya dan Sin telah melakukan yang terbaik pada aksi blok pertama dengan harapan mata yang dipungut sukar ditandingi oleh pemain lain, namun kami terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila beregu Korea Selatan berjaya memintas kutipan mata pada sebelah petang," katanya.

Sementara itu, Sin berkata sebenarnya beliau tidak meletakkan sebarang sasaran pingat untuk acara tersebut tetapi tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh ketika membuat balingan.

"Apa sahaja boleh berlaku dalam kejohanan kerana pemain tidak tahu nasib mereka sehingga tamat perlawanan," katanya.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara beregu wanita adalah ketika Sukan Asia edisi Busan, Korea Selatan pada tahun 2002 apabila Sarah Yap/Wendy Chai meraih pingat emas menerusi acara tersebut.

Sementara itu, Shalin yang turut beraksi pada ketika itu turut menyumbang pingat emas menerusi acara Master wanita.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan