Skuad Hoki Lelaki Negara Tepati Ramalam Mara Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Skuad hoki lelaki negara berjaya menepati ramalan, apabila dengan mudah menyingkirkan Jepun untuk mara ke pusingan separuh akhir acara tersebut di Sukan Asia ke-17.

Malaysia menundukan pasukan 'Matahari Terbit' itu 4-1 pada perlawanan pelengkap kumpulan A yang berlangsung di Stadium Hoki Seonhak dekat sini, Sabtu.

Dengan kejayaan tersebut skuad bimbingan Arul Selvaraj mampu menarik nafas lega selepas berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan oleh badan induk pentadbir sukan negara, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) seperti yang diumumkan sebelum ini.

Skuad hoki lelaki bermula garang apabila pemain tengah, Muhammad Firhan Ashari mengejutkan pasukan lawan menerusi gol padang seawal minit kedua.

Jepun yang ketinggalan 1-0 bangkit memperkemaskan jentera serangan berjaya menembusi benteng pertahanan negara apabila, Tachibana Toshiro menyamakan kedudukan 1-1 hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-14.

Kegembiran pasukan Jepun yang meraikan gol pertama tidak bertahan lama apabila pemain tengah, Muhammad Razie Abdul Rahman menjadi wira negara setelah menyumbang dua gol hasil pukulan sudut penalti yang dilakukanya pada minit ke-20 dan ke-39 perlawanan.

Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin mengesahkan kemenangan kepada pasukan negara apabila pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan penutup hasil gol padang pada minit ke-42.

Jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj berkata beliau berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukan oleh semua pemainya untuk meraih kemenangan hari ini.

"Saya berpuas hati dengan corak jaringan yang telah dilakukan oleh Muhammad Firhan Ashari apabila beliau berjaya menyumbang mata awal pada minit kedua serta dua jaringan berikutnya yang dihasilkan oleh Muhammad Razie Abdul Rahman pada minit ke-20 dan ke-39 pada keadaan yang ketika itu sedikit kelam kabut.

"Mereka telah berjaya membuktikan sesuatu yang mengembirakan hati saya sebagai seorang jurulatih hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Beliau berkata penjaga gawang negara, S.Kumar dan barisan pertahanan negara turut berfungsi baik hari ini apabila mereka berjaya menyekat dan mematahkan beberapa cubaan yang dilakukan pemain Jepun.

Sementara itu, Kapten skuad hoki lelaki negara, Azlan Misron berkata semangat berpasukan yang ditunjukan oleh semua pemain adalah kunci kepada kejayaan hari ini dan beliau berasa gembira dengan perlawanan hari ini kerana semua pemain telah menunjukan kesefahaman yang tinggi.

"Alhamdulillah apa yang telah dirancangan sebelum perlawanan berjalan dengan baik hari ini dan apa yang cuba dilakukan telah mencapai matlamat apabila kita berjaya mara ke pusingan separuh akhir.

"Setiap individu dalam pasukan mempunyai peranan masing-masing dan semua pemain telah berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya dan saya harap ia dapat diteruskan pada perlawanan menentang Pakistan bagi merebut slot ke final nanti," katanya.

Malaysia akan berdepan misi sukar untuk mara ke final apabila dijadual bertemu Pakistan selaku penyandang juara Sukan Asia ke-16 edisi Guangzhou, China 2010 pada aksi separuh akhir, 30 September ini.

Kejayaan terbaik skuad hoki negara pada temasya yang dianjurkan empat tahun sekali itu ialah pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China 2010 selepas tewas kepada Pakistan 2-0 pada perlawanan akhir.

Tags / Kata Kunci: Sukan Asia ke-17 , Hoki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan