Sukan Asia: Tanpa Kuda, Syed Omar Tarik Diri Acara Ekuestrian

Diterbitkan: Sabtu, 27 September 2014 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Atlet ekuestrian Malaysia Syed Omar Abu Bakar Al Mohdzar menarik diri daripada Sukan Asia Ke-17 selepas kudanya gagal mendapat kelulusan untuk dibawa ke Korea Selatan.

Syed Omar, yang tiba di sini dengan pengurus pasukan dan penjaga kudanya untuk mengambil bahagian dalam acara show-jumping individu, dimaklumkan kudanya perlu menjalani prosedur wajib iaitu rekod pergerakan 60 hari dan pengasingan selama seminggu.

Menurut kenyataan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Syed Omar telah melantik seorang doktor veterinar untuk mengendalikan pengangkutan kudanya dari Belgium ke Incheon menerusi Amsterdam.

Syarikat pengangkutan yang dicadangkan Jawatakuasa Penganjur Sukan Asia Incheon (IAGOC) sepatutnya mengaturkan bagi ujian perlu, tetapi tidak dinyatakan kuda itu perlu menjalani ujian Coggins (bagi jangkitan anaemia ekuin) sebelum meninggalkan Belgium.

Pada 22 Sept, Syed Omar menerima panggilan daripada pihak di Belgium menyatakan Kementerian Veterinar Belanda tidak membenarkan kuda itu dibawa ke Amsterdam kerana tidak menjalani ujian Coggins.

Jabatan Veterinar Korea menghubungi makmal dan mengesahkan ujian Coggins tidak dilakukan ke atas haiwan itu.

Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Daniyal Balagopal Abdullah dalam kenyataan pada Sabtu berkata amat malang Syed Omar terpaksa menarik diri daripada temasya itu.

"Beliau telah membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membuat persediaan bagi Sukan Asia. Dan usahanya itu sia-sia," katanya

Syed Omar memenangi pingat gangsa dalam acara show-jumping berpasukan pada Sukan Asia Busan 2002, bergandingan dengan Quizer Ambak dan Syed Zain Syed Abu Bakar Al-Mohdzar. 


Tags / Kata Kunci: Sukan Asia , Incheon

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan