Hoki Wanita Negara Gagal Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 11:44 PM

Noor Hasliza Binti MD Ali (kiri) bersaing dengan pemain India.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Skuad hoki wanita negara terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke separuh akhir Sukan Asia ke-17 apabila tewas 6-1 kepada India pada aksi pelengkap Kumpulan A di Stadium Hoki Seonhak, dekat sini, Jumaat.

Skuad bimbingan jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim gagal menepati sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini serta gagal mengatasi rekod pencapaian terbaik pingat gangsa pada Sukan Asia edisi 1982 di New Delhi.

"Saya percaya semua pemain telah melakukan persembahan terbaik mereka, namun kita tidak ada rezeki," kata Mohd Nasihin.

Srikandi hoki negara menduduki tempat ketiga dengan tiga mata di belakang juara kumpulan, China, yang juga juara bertahan, yang mengumpul sembilan mata diikuti India dengan enam mata.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Dalam Kumpulan B, South Korea muncul juara kumpulan diikuti Jepun, Kazakhstan dan Hong Kong.

Pada saingan separuh akhir, Isnin ini, China akan menentang Jepun manakala Korea Selatan berdepan dengan India.

Malaysia akan menentang Kazazkhstan dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan pada 1 Oktober ini.

Dalam saingan peringkat kumpulan, skuad negara hanya menang satu perlawanan iaitu 2-1 ke atas Thailand, kalah 1-0 kepada China dan 6-1 kepada India.

Tags / Kata Kunci: hoki wanita , tewas , India

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan