Sukan Asia: Azizulhasni Kesal Keputusan Berat Sebelah

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 9:58 PM

Azizulhasni kecewa selepas komisar membatalkan perlumbaannya.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Keputusan kontroversi oleh komisar perlumbaan telah meragut peluang jaguh trek negara Azizulhasni Awang merangkul pingat dalam acara keirin individu pada temasya Sukan Asia ke-17 pada Khamis.

Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua berdasarkan 'photo-finish', kedudukan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas pelumba negara itu dikatakan menghalang pelumba Jepun Kazunari Watanabe ketika melakukan pecutan.

Berikutan keputusan itu, Azizulhasni, yang menyandang pingat emas dalam acara itu, diturunkan ke tangga tercorot.

Kesal dengan kontroversi itu, Azizulhasni berkata semasa melihat kembali rakaman video, komsiar berkata pelumba Jepun itu melakukan kesalahan pertama dan beliau melakukan kesalahan kedua semasa separuh jalan ke garisan penamat.

"Apabila menghubungi ketua komisar, sama ada ambil kira keputusan di garisan penamat atau kedua-dua diturunkan.

Tapi bila tunggu lama, tiba-tiba hanya saya sahaja dibatalkan...sepatutnya Watanabe juga kena.

"Tapi saya terima juga keputusan ini sebab sekurang-kurangnya Josiah Ng dapat gangsa. Tapi saya sedih sebab keputusan berat sebelah," kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Acara itu dimenangi oleh pelumba Iran Mohammad Daneshvarkhourram manakala Watanabe, yang menduduki tempat ketiga sebelum ini, meraih pingat perak. 

Tags / Kata Kunci: sukan asia , azizulhasni awang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan