Sukan Asia: Skuad Hoki Wanita Berpeluang Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 7:58 PM

Nadia Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Skuad hoki wanita negara menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas mengalahkan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A di temasya Sukan Asia ke-17 di Stadium Seonhak, Rabu.

Skuad bimbingan Mohd Nasihin Nublin Ibrahim bermula garang apabila pemain tengah Siti Noor Amarina Ruhani menyuntik semangat pasukan dengan gol pembukaan pada minit ke-24.

Tiga minit kemudian, Malaysia memperkukuhkan kedudukan menerusi percubaan pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Fazilla Sylvester Silin.

Thailand, yang kalah 3-0 kepada India pada perlawanan pertama, bagaimanapun merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti oleh Tikhamporn Sakunpithak pada minit ke-53.

Dalam kumpulan A, China mengungguli kedudukan kumpulan dengan enam mata selepas mengatasi Malaysia 1-0 dan India 2-1, diikuti India dan Malaysia,masing-masing tiga mata selepas satu kemenangan.

Thailand pula tercorot dalam kumpulan tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.

Malaysia perlu mengatasi India pada perlawanan berikutnya, Jumaat ini, sekiranya mahu menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik pada edisi kali ini.

Kapten pasukan Nadia Abdul Rahman berkata mereka gagal menjaringkan lebih banyak gol selepas mensia-siakan beberapa peluang jaringan.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan memperkemaskan jentera serangan apabila menentang India.

Tags / Kata Kunci: sukan asia , hoki wanita

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan