Sukan Asia: Keadaan Lorong Jejas Tumpuan Peserta Boling Negara

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 8:43 PM

Esther kecewa kerana gagal meraih pingat dalam acara individu pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Peserta wanita negara, Esther Cheah terlepas pingat gangsa selepas hanya menduduki tempat kelima dalam acara boling individu pada Sukan Asia ke-17 pada Rabu.

Pemain berpengalaman itu hanya mampu mengumpul 1,255 jatuhan pin iaitu ketinggalan 36 pin daripada pemenang pingat emas dari Taiwan, Chou Chia Chen.

Pingat perak dimenangi oleh peserta Singapura, Jazreel Tan dengan 1,277 jatuhan pin dan gangsa oleh Lee Nayoun dari Korea Selatan dengan 1,272 jatuhan pin.

Esther, selaku pemenang pingat emas pada edisi Doha 2006 dalam acara yang sama, berkata beliau kecewa kerana gagal menyumbang sebarang pingat untuk kontinjen negara.

"Saya telah cuba lakukan yang terbaik namun keadaan lorong yang berbeza daripada tempat latihan menyebabkan saya rasa sedikit kekok," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, kesukaran menyesuaikan dengan keadaan lorong pertandingan bukan alasan untuk kalah, katanya.

Sementara itu, pemain veteran negara Shalin Zulkifli hanya mampu menduduki tangga ke-39 daripada 77 peserta apabila mencatatkan 1,126 jatuhan pin.

"Saya kurang selesa dengan keadaan lorong namun tidak tahu apa pula pendapat pemain lain," katanya.

Pemenang pingat emas pada edisi Busan, Korea Selatan 2002 itu berkata beliau harap mampu beraksi dengan lebih baik dalam acara berpasukan wanita yang bermula Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Boling , sukan Asia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan