Sukan Asia: Kontinjen Negara Tepati Dua Sasaran Emas - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 2:54 PM

Khairy (empat kanan) bersama kontinjen negara sebelum berangkat ke Sukan Asia di Incheon baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Dua acara sukan menepati sasaran pingat emas yang ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata acara wushu yang dikatakan 'pingat tidak diduga' sebenarnya berada dalam senarai sasaran lapan pingat emas kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon itu.

"Kita menepati sasaran. Pingat emas daripada wushu dan skuasy wanita memang dalam perancangan kita. Saya harap kita dapat kekalkan momentum agar dapat melepasi sasaran kita.

"Setakat ini tidak tersasar. Walaupun wushu ramai kata ia di luar dugaan tapi kita sebenarnya sering menang pingat emas, cuma kita tidak tahu dalam acara mana, buat masa ini kita menepati sasaran," katanya ketika ditemui di Yeorumul Squash Courts pada Selasa.

Khairy hadir menyaksikan perlawanan akhir skuasy perseorangan wanita yang menyaksikan pingat emas dan perak milik kontinjen negara.

Datuk Nicol David menepati ramalan pingat emas selepas menewaskan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 da 12-10.

Kemenangan ini adalah pingat emas keempat ratu skuasy negara sepanjang penyertaan di temasya Sukan Asia, selepas meraih emas di Bangkok (1998), Doha (2006) dan Guangzhou (2010).

Sementara itu, ditanya mengenai pencapaian skuad bola sepak yang gagal ke suku akhir seperti yang disasarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Khairy berkata adalah tidak adil untuk menilai prestasi ekoran temasya Sukan Asia masih berlangsung dan beliau sendiri tidak berkesempatan menonton perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi.

"Saya dengar rentak permainan agak bagus. Kita akan kaji selepas ini,"katanya.

Pada aksi terakhir kumpulan A, skuad bawah 23 negara tewas 0-3 kepada Arab Saudi, sekali gus meranapkan harapan bola sepak untuk mara ke suku akhir seperti yang disasarkan.

Dalam pada itu, Khairy berkata acara badminton berpasukan menepati sasaran ke separuh akhir dan fokus sekarang adalah kepada acara individu perseorangan dan beregu.

Tags / Kata Kunci: sukan Asia , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan