Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 8:19 PM

Azizulhasni Awang (kiri) dicabar sengit pelumba Hong Kong, Law Kwun Wa. - foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Jaguh trek negara Azizulhasni Awang mara ke pusingan suku akhir acara pecut individu pada Sukan Asia ke-17 di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, Isnin.

Pelumba berusia 26 tahun itu menewaskan pelumba Arab Saudi, Ashabeed Habeeb Salman D pada pusingan pertama dan mencapai kemenangan kedua dengan mengatasi pelumba Hong Kong, Law Kwun Wa.

Terdahulu, Azizulhasni melakukan catatan masa terbaiknya 10.062 saat di peringkat kelayakan, di belakang pelumba Jepun, Seiichiro Nakagawa yang merakamkan masa 9.942s.

"Azizul berada dalam keadaan terbaik dan bertenaga. Ia akan menjadi perlumbaan menarik membabitkan pelumba Korea Selatan.

"Saya bangga dengan kemajuan yang dicapainya dan perlu ingat kami akan berdepan dengan pelumba berkualiti dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kesilapan," kata ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, kepada pemberita di sini.

Sementara itu, rakan sepasukan, Muhammad Edrus Mohd Yunus hanya mampu menduduki tangga kesembilan selepas tewas kepada pelumba China, Bao Saifel dalam pusingan kedua.

Sebelum itu, Muhammad Edrus mencatatkan masa 10.185s untuk mengalahkan pelumba Taiwan, Liao Kuo Lung pada pusingan pertama.

"Rasa sikit kecewa sebab tidak dapat masuk suku akhir. Bagaimanapun, saya berpuas hati sebab dapat mencipta rekod peribadi terbaik 10.1s selepas merekodkan masa 10.2s pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow baru-baru ini," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan