Fatehah Sumbang Pingat 'Tidak Diduga' Acara Keirin

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:49 PM

Fatehah Mustapha.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Pelumba trek wanita, Fatehah Mustapa menceriakan kontinjen negara apabila menyumbang pingat perak Sukan Asia ke-17 dalam acara keirin individu di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, Ahad.

Pelumba berusia 25 tahun itu berkata pencapaian itu adalah bonus dan sesuatu yang tidak diduga sama sekali kerana sebelum itu beliau terasa tergugat apabila melihat senarai pelumba yang layak ke peringkat akhir acara itu.

Beliau menyifatkan pingat perak itu sebagai bonus memandangkan pelumba dalam kelompok enam terbaik memang hebat termasuk dari China, Korea Selatan dan Hong Kong.

Pingat emas diraih pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze manakala gangsa dimenangi oleg pelumba China, Zhong Tianshi.
 
"Saya takut akan terkebelakang kalau saya ikut bahagian atas sebab selekoh yang agak panjang. Macam saya pernah cakap sebelum ini, acara keirin bergantung juga kepada strategi," katanya kepada pemberita selepas acara tersebut.

Beliau berharap kemenangan pingat perak itu dapat menyuntik semangat rakan-rakannya dalam skuad berbasikal negara untuk memburu pingat dalam acara masing-masing.
 
Pelumba Terengganu itu akan beraksi dalam acara pecut individu, Selasa ini.

Mengenai peluang dalam acara pecut, Fatehah berkata beliau sekurang-kurangnya mahu layak ke saingan separuh akhir bagi menebus kegagalan di Kejohanan Asia (ACC) lepas.
 
"Kalau dapat masuk separuh akhir dah cukup baik sebab semasa Kejohanan Asia saya gagal ke separuh akhir sebab tidak sihat," katanya.
Tags / Kata Kunci: Fatehah , Sukan Asia , keirin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan