Sukan Asia: Skuad Kabadi Idam Pingat Gangsa

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 5:51 PM

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Selepas menjalani latihan selama enam bulan, skuad kabadi negara kini memasang impian tinggi untuk membawa pulang pingat gangsa daripada temasya Sukan Asia ke-17.

Meskipun hanya menduduki tempat kelima pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan dan ketujuh pada 2010 di Guangzhou, China, pemain negara Justin Jonhsan berkata skuad negara semakin mantap jika dibandingkan sebelum ini.

Beliau percaya skuad negara mampu melakukan kejutan walaupun terpaksa berdepan dengan penyandang pingat perak, Iran dan pasukan tuan rumah, Korea Selatan dalam saingan peringkat Kumpulan B.

Selain itu, Jepun turut tersenarai dalam kumpulan sama.

"Saya dan rakan sepasukan akan cuba melakukan yang terbaik walaupun tidak ada sasaran rasmi untuk sukan kabadi," katanya kepada Bernama, Jumaat.

"Kita mungkin tidak mempunyai masalah untuk mengalahkan Iran namun  dijangka menghadapi keadaan sukar apabila berdepan dengan Jepun dan Korea Selatan,"  katanya.

Dalam Kumpulan A, India akan memburu pingat emas ketujuh berturut-turut sejak acara itu diperkenalkan dalam temasya itu pada 1990.

Selain India, penyandang pingat gangsa Pakistan, Thailand dan Bangladesh turut disenaraikan dalam kumpulan itu.

Tags / Kata Kunci: kabadi , sukan asia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan