Josiah Ng Berlumba Ikut Naluri

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 7:20 AM

Josiah Ng (kiri) menjalani latihan di Veledrom Antarabangsa Incheon pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Jaguh lumba basikal trek kebangsaan, Josiah Ng tidak pernah membuat perancangan sebaliknya  percaya kepada naluri dirinya semasa bertanding.

Josiah, 34, yang dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi dibesarkan di Manila, berkata beliau berlumba mengikut nalurinya sepanjang  20 tahun menyertai perlumbaan dan sikap itu difahami jurulatihnya, John Beasley.

"Saya bergantung kepada naluri saya. Saya tidak berpandukan kepada rancangan kerana saya perlu menganalisisnya dan ia mengambil masa. Saya tidak mempunyai masa semasa pertandingan. Saya perlu meneruskannya berdasarkan naluri.

"Naluri saya sangat baik, sembilan daripada sepuluh saya telah mengambil langkah yang betul," katanya selepas menjalani latihan di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, Khamis.

Josiah berazam untuk memanfaatkan setiap peluang sama ada dalam acara Pecut atau Keirin apabila cabaran lumba basikal bermula pada 20 September. 

Josiah akan berlumba bersama rakan sepasukan dan juara bertahan Azizulhasni Awang bagi acara Keirin.

"Saya tidak berada dalam keadaan fizikal yang baik sejak kemalangan pada Disember lepas dan saya mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya perlu bersaing dengan apa yang saya ada dan mungkin mengubah sedikit taktik terutama di atas trek," katanya.

Josiah patah tulang rusuk dan tulang selangka serta cedera pada paru-parunya ketika beraksi dalam acara Keirin pada Kejohanan Trek Piala Dunia di Aguascalientes, Mexico pada Disember lepas.

Ditanya mengenai velodrom luar, Josiah mengakui keadaan trek adalah yang terbaik setakat ini kerana permukaannya licin dan selesa melakukan kayuhan.

"Di sini, kita mempunyai semua elemen seperti angin yang akan memberi kesan dalam perlumbaan," katanya sambil menambah trek luar memberi kelebihan kepada pelumba Jepun dan Korea yang sentiasa berlatih mengguna trek itu.

"Saya mempunyai pengalaman menyertai perlumbaan di atas trek Jepun dan bentuk treknya seperti mangkuk. Pelumba akan melakukan pusingan secara jauh, pusingan itu meliputi jarak tambahan dan ini yang membezakan keadaan," katanya.

Mengenai Sukan Asia, Josiah berkata pelumba Jepun, China dan Iran perlu diawasi dan pelumba Malaysia juga perlu berwaspada dengan pelumba tuan rumah yang merangkul emas dalam acara pecut berpasukan pada Kejohanan Asia di Kazakhstan Mei lepas.

Josiah ialah pemenang pingat perak dalam acara Keirin di Guangzhou, China (2010) dan Doha, Qatar (2006) dan dalam acara pecut di Busan, Korea Selatan (2002).

Tags / Kata Kunci: Josiah Ng

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan