Khairy Saran PSM Pinda Perlembagaan Bagi Lancarkan Pemilihan Kepimpinan

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 12:47 PM

Khairy cuba senaman lontaran bola pada Program Fit Malaysia Peringkat Melaka di Padang Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meminda perlembagaannya bagi melancarkan pemilihan kepimpinan persatuan itu demi kemajuan sukan sepak takraw negara.

Beliau berkata dengan pindaan itu, perubahan dapat dilakukan kepada cara pengundian pemilihan jawatankuasa daripada cara mengangkat tangan sekarang kepada undi sulit seperti yang dilakukan persatuan sukan lain.

Selain itu, katanya bilangan perwakilan daripada persatuan gabungan negeri perlu ramai berbanding anggota lantikan bagi mengelak penyandang jawatan mempunyai kelebihan tidak adil dalam pemilihan PSM.

"Saranan ini bukan hendak kritik pemilihan PSM semalam itu (Sabtu) ikut perlembagaan sedia ada...cuma kita hendak tambah baik pentadbiran dan perlembagaan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Fit Malaysia di Dataran Pahlawan pada Ahad.

Program Fit Malaysia 2014 di sini, yang disertai kira-kira 20,000 peserta,antara lain menampilkan acara larian sejauh 5km, berbasikal sejauh 15km,senaman, seni mempertahankan diri dan pameran.

Pada Sabtu, Datuk Ahmad Ismail mempertahankan jawatan Presiden PSM buatpenggal keempat selepas menerima 50 undi untuk menewaskan pencabarnya Mohd Shapian Ali iaitu Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu, yang hanya memperoleh 20 undi.

Khairy berkata Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan mengadakan perbincangan dengan PSM dalam masa terdekat bagi membolehkan pindaan itu dilaksanakan sebelum pemilihan persatuan itu tiga tahun lagi.

Beliau berharap anggota jawatankuasa baharu PSM akan mampu memulihkan sukan sepak takraw negara seterusnya mengembalikan pingat emas negara dalam sukan itu pada Sukan Sea 2017 yang akan dihoskan Malaysia sendiri.

"Saya dan beliau (Ahmad) punyai misi yang sama hendak menang emas, kita sedia duduk bersama berbincang dengan kepimpinan baharu ini bagi memastikan sasaran ini menjadi realiti.

"Kita perlu lupakan polemik yang berlaku sebelum ini dengan bekas pemain juga anggota gabungan dan terus ke hadapan, dalam sukan ini kita perlu atasi saingan Thailand, Myanmar, Vietnam malah Indonesia juga sudah tunjuk kehebatan tidak lupa kita pernah kalah kepada Korea Selatan," katanya. 

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan