KHM Minta Liga Hoki Malaysia Diadakan Di Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 1:44 PM

Fitri Saari antara pemain negara yang akan mewakili Terengganu pada aksi Liga Hoki Malaysia nanti.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) diminta mengadakan Kejohanan Hoki Malaysia, yang bermula bulan depan, di Terengganu untuk membolehkan para peminat sukan itu di negeri ini menyaksikan kejohanan berprestij itu.

Setiausaha Persatuan Hoki Terengganu (PHT) Sabri Salleh berkata perkara itu akan dicadangkan pada mesyuarat pengurus pasukan dan mesyuarat jawatankusa pertandingan.

Beliau berkata Terengganu menduduki tempat kelima terbaik keseluruhan pada pertama kali penyertaannya dalam kejohanan itu pada tahun lepas.

Tahun ini, pasukan  negeri akan dibarisi ramai pemain kebangsaan termasuk Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Fitri Saari, Mohd Firhan Saari,Tengku Ahmad Tajuddin Tenggku Abdul Jalil dan Azlan Misron, katanya kepada Bernama.

Mereka adalah sebahagian daripada skuad hoki kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dari 17 September hingga 4 Oktober, katanya.

Pasukan Terengganu juga akan diperkukuhkan lagi dengan bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Baljit Singh, Ismail Abu, Jivan Mohan dan Engku Abdul Malik Mohamad.

Tags / Kata Kunci: Konfederasi hoki malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan