Tengku Abdullah Kini Presiden Persatuan Hoki Asia 2014-2018

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagi penggal 2014-2018 pada Kongres AHF 2014.

Tengku Abdullah sebelum ini merupakan calon tunggal untuk memenuhi kerusi itu selepas kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Tayyab Ikhram dari Macau pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AHF manakala Fumio Ogura dari Jepun pula memegang jawatan bendahari.

Dalam sidang media di akhir Kongres AHF pada Ahad, Tengku Abdullah bertitah akan memberi komitmen sepenuhnya kepada pembangunan hoki di peringkat Asia terutama dalam mempromosi sukan itu kepada negara Asia yang masih lagi asing tentang hoki.  

"Hari ini adalah lembaran baru bagi saya dalam AHF, sudah pasti saya memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan anggota exco.

"Apabila saya membuat keputusan menerima jawatan ini...ini memang membuktikan bahawa saya sudah bersedia dan komited untuk AHF serta meneruskan legasi Almarhum Sultan Azlan Shah," titahnya.

Tengku Abdullah berharap baginda akan mendapat sokongan penuh untuk melaksanakan tanggungjawabnya daripada semua persatuan kebangsaan.

"Kami melihat mutu sukan hoki di Asia masih ketinggalan berbanding Eropah dan juga Australia. Kami perlu melakukan banyak kerja.

"Saya harap kita boleh merangka formula yang berkesan untuk merapatkan jurang dengan negara-negara Eropah dan Australia," titahnya.  

BARISAN KEPIMPINAN AHF 2014-2018

Presiden: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Malaysia) 

Ketua Pegawai Eksekutif: Tayyab Ikhram (Macau)

Naib Presiden: Chaiyapak Siriwat (Thailand), Seksenbayez Berrikazy (Kazakhstan), Narinder Batra (India), Hong Moon Pyo (Korea Selatan), Rana Mujahid Ali (Pakistan) dan Shin Jung Hee (Korea Selatan). 

Bendahari: Fumio Ogara (Jepun)

Anggota Exco: Datuk Abdul Rahim Md Ariff (Malaysia) Mathavan Devadas (Singapura) Bahram Shafie (Iran) Akhthar Rasool (Pakistan) Sumith Edirisinghe (Sri Lanka) Zuhair Alajmi (Oman) Abdur Rashid Sikder (Bangladesh) Li Gao Chao (China) Datuk Dr S. Shamala (Malaysia) Masako Kamisuki (Jepun). 

Tags / Kata Kunci: Tengku Abdullah , Hoki Asia , AFH

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan