Sukan Olimpik Remaja: Zhiayi Sumbang Satu Lagi Pingat Buat Negara

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 8:07 PM

Loh Zhiayi (kanan) bergambar bersama pemenang pingat emas Wu Shengping dari China dan pemenang pingat perak, Krasnohlyk Gannaan dari Ukraine dalam acara terjunan 3 meter papan anjal.

(Ubah saiz teks)

NANJING: Atlet terjun remaja negara, Loh Zhiayi seakan tidak percaya apabila berjaya menyumbang sebutir lagi pingat kepada kontinjen negara pada Temasya  Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014).

Zhiayi meraih pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal individu wanita yang berlangsung di Nanjing Olimpic Sport Centre Natatorium.

Atlet itu mengumpul 446.70 mata dengan perbezaan 12.4 mata di belakang pemenang pingat perak, Krasnoshlyk Ganna dari Ukraine dengan 459.10 mata.

Pingat emas menjadi milik penerjun China, Wu Shengping dengan catatan 492.05 mata untuk mengatasi 11 penerjun lain.

Pada Sabtu,Zhiayi  menyumbang pingat perak apabila berjaya mengungguli acara 10m platform individu wanita.

"Semua penerjun lain bermula dengan lebih baik, namun mereka mula banyak melakukan kesilapan pada pusingan akhir dan membuka peluang untuk saya membaiki kedudukan.

"Saya rebut dan guna sebaik mungkin peluang tersebut sehingga berjaya meletakkan diri di tempat ketiga terbaik," katanya.

Zhiayi berkata beliau tidak pernah terfikir untuk meraih pingat kedua peribadinya ini, namun berasa gembira kerana dapat menyumbang sesuatu kepada negara.

Penerjun berusia 16 tahun itu berkata beliau tidak berani untuk meletakkan sebarang sasaran pingat untuk acara berpasukan antarabangsa pada Rabu ini.

"Saya tidak boleh cakap lagi...sebab tidak tahu akan berganding dengan penerjun dari negara mana, kalau digandingkan dengan penerjun dari negara hebat maka peluang untuk meraih pingat adalah lebih cerah," katanya.

Zhiayi berkata beliau sangat gembira dengan kejayaan hari ini dan berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana memberi peluang kepadanya untuk beraksi pada YOG 2014 walaupun pada awalnya gagal melepasi kelayakan ke temasya sukan remaja terbesar dunia itu.

Beliau layak ke YOG 2014 selepas memperoleh kedudukan ke-10 terbaik pada Kejohanan Kelayakan YOG di Mexico Mac lalu. 

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan