Pemanah Negara Bermula Baik di YOG 2014

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

NANJING (China): Pemanah tunggal negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli bermula baik pada perlawanan peringkat penyingkiran acara recurve individu pada temasya Sukan Olimpik remaja (YOG 2014) di Lapangan Memanah Fangshan, dekat sini, Sabtu.

Pada aksi tersebut, Muhamad Zarif berjaya mengatasi pemanah dari Slovakia, Balaz Boris dengan mata kemenangan 6-2.

Semalam, Muhamad Zarif berjaya menempatkan diri di kedududukan ke-17 daripada 32 pemanah pada aksi penentuan ranking bagi acara tersebut.
 
"Saya berpuas hati dengan kejayaan hari ini, namun perjalanan untuk ke pusingan akhir masih jauh lagi, saya akan tetap berusaha," katanya kepada Bernama di sini.

Muhamad Zarif sebelum ini meletakan sasaran untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir dan ia bukan bermakna bahawa beliau menyerah kalah sebelum tamat kejohanan.

Sementara itu, jurulatih memanah Wan Mohd Khalmizanwan Wan Abdul Aziz berkata beliau percaya anak didiknya mampu pergi lebih jauh sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir jika berjaya mengekalkan prestasi.
Tags / Kata Kunci: YOG 2014

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan