Kontinjen Negara di YOG 2014 Turut Bertafakur Mangsa MH17

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

NANJING: Suasana di perkampungan Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) yang menempatkan kontinjen negara, bertukar suram seketika apabila para atlet, pegawai dan petugas media berkumpul untuk bertafakur seminit hari ini bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17.

Ketua Kontinjen Negara, Wong Pei Tty berkata semua atlet dan pegawai YOG 2014 di Nanjing turut merasai kesedihan negara yang berkabung hari ini bagi menghormati ketibaan 20 jenazah kumpulan pertama mangsa warga Malaysia dalam nahas itu yang dibawa pulang ke tanah air.
 
"Kami berkumpul dan bertafakur selama seminit, membaca surah al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan doa mengikut kepercayaan masing-masing bagi yang bukan beragama Islam ,sebagai menghormati jenazah sempena Hari Perkabungan Negara hari ini.
 
"Saya cuba mengumpulkan semua atlet namun tidak semua 20 atlet dapat hadir apabila atlet pelayaran, memanah dan renang sedang beraksi ketika ini," katanya kepada Bernama.

Wong berkata beliau mewakili seluruh kontinjen negara di YOG 2014 mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa yang terlibat dalam tragedi MH17.

Beliau dan rakan-rakan turut merasai kesedihan ini walaupun berada jauh dari Malaysia.
 
"Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti kami turut merasai kesedihan apabila menonton secara langsung ketibaan jenazah warga Malaysia menerusi komputer yang disediakan di pusat media di perkampungan atlet YOG ini," kata Wong.

Pesawat khas yang membawa kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas di timur Ukraine pada 17 Julai itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pada pukul 9.40 malam waktu Malaysia malam tadi dan mengambil masa 12 jam perjalanan ke Kuala Lumpur. 

Empat puluh tiga rakyat Malaysia terbunuh dalam tragedi itu semasa Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine.

Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik Remaja

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan