Gimnas Remaja Negara, Olivia Tak Berani Letak Sasaran Tinggi

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 3:55 PM

Olivia tetap berusaha untuk mendapat tempat terbaik pada Sukan Olimpik Remaja 2014.

(Ubah saiz teks)

NANJING: Gimnas pelapis kebangsaan, Olivia Tai Qing Tong tidak berani meletakkan sasaran tinggi pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) kerana ia merupakan penampilan sulung beliau pada kejohanan berprestij itu.

Temasya empat tahun sekali tersebut berlangsung selama 12 hari dan bermula secara rasminya, Sabtu membabitkan kira-kira 3,800 atlet daripada 204 buah negara.

Olivia, 14, berkata sasaran peribadi beliau adalah untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu sebelum bercita-cita untuk meletakkan sasaran lebih tinggi atau naik podium.

"Saya tidak berani membuat sasaran lebih tinggi daripada mara ke perlawanan separuh akhir, namun tidak bermakna saya tidak mahu sumbang pingat untuk negara kerana semua atlet yang bertanding pada mana-mana kejohanan tidak ingin pulang dengan tangan kosong," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Olivia yang meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra, Bukit Jalil Februari lalu berkata beliau telah bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan pada hari kejohanan nanti.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas itu akan beraksi dalam acara gimrama individu reben dan titian mulai 26 Ogos ini di Pusat Olimpik Natatorium Nanjing).

Olivia berkata harapan beliau adalah untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik Rio di Brazil pada 2017 dan akan memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman pada temasya ini.

"Bagi saya YOG 2014 amat penting kerana banyak perkara baharu bakal dipelajari di sini, lebih-lebih lagi ramai gimnas terbaik dunia berkumpul di Nanjing," katanya.

Beliau berkata, walaupun pasukan tuan rumah China tidak mengambil bahagian dalam acara itu pada edisi kali ini, ia tidak bermakna beliau berada dalam zon selesa kerana ramai lagi gimnas hebat dunia yang sudah pasti akan memberi saingan hebat.

"Saya akan cuba sedaya upaya mengurangkan kesalahan agar mendapat mata tertinggi pada hari kejohanan nanti bagi mendapat tempat ke perlawanan suku akhir dan seterusnya mara ke separuh akhir," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan