MHC Buat Penilaian Sebelum Pilih Jurulatih Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 5:25 PM

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) menepung tawar pengantin Nurul Ubaidah Yunus anak bekas pemain bolasepak Yunus Alif dan pasangan Mohd Fazree Md Ali ketika hadir majlis perkawinan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Sabtu. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak akan terburu-buru untuk melantik ketua jurulatih baharu skuad hoki kebangsaan sebaliknya akan melakukan penilaian daripada pelbagai faktor sebelum melakukannya.

Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah buat sementara iniMHC akan memberikan peluang kepada penolong jurulatih hoki negara Arul Selvaraj untuk membuktikan kemampuannya pada aksi Sukan Asia yang akan berlangsung September ini.

"Kita tidak akan mengambil keputusan secara tergesa-gesa dalam soal memilih ketua jurulatih baharu untuk skuad hoki negara, banyak faktor yang perlu perlu dinilai.

"Kita bersedia menimbang calon dari kalangan jurulatih dalam dan luar negara," titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bekas pemain bola sepak Pahang, Ahmad Yunus Aliff di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah pada Sabtu.

Bagaimanapun dalam masa yang sama baginda menyeru pemain hoki negara supaya menunjukkan komitmen dan mutu permainan yang terbaik kerana tidak guna mempunyai jurulatih yang baik jika mereka terus mempamerkan aksi permainan yang mengecewakan.

"Kalau kita pilih jurulatih yang bagus, pemain pula tidak mahu bermain, tidak mengubah sikap dan tidak ada stamina, tidak ada gunanya juga," titah baginda.

Tengku Abudllah turut menyuarakan rasa kecewa dengan prestasi hambar dan kemelut pelbagai isu yang melanda skuad hoki kebangsaan sejak kebelakangan ini.

Ia bermula dengan isu peletakan jawatan Paul Revington pada Januari lalu, pretasi buruk skuad hoki negara dalam saingan Piala Dunia di Belanda Jun lalu serta kegagalan skuad bimbingan jurulatih kebangsaan, Muhammad Dharma RajAbdullah mempamer aksi menarik pada Sukan Komanwel di Glasgow.

"Persembahan mereka tidak seperti saya jangkakan... saya sedia menerima kritikan dan harap mereka boleh tampil dengan aksi lebih baik selepas ini kerana kita turun (bermain) bukan untuk kalah.

"Tidak guna saya bercakap banyak sebagai Presiden MHC jika sikap mereka masih sama. Lagi kurang saya bercakap, lagi bagus," titah baginda.

Mengenai tindakan bekas pemain hoki kebangsaan Mohd Faizal Shaari yang enggan mewakili negara, Tengku Abdullah berkata surat tunjuk sebab akan dihantar kepada pemain berkenaan.

Setakat ini titah baginda, MHC belum lagi memanggil pemain kelahiranTerengganu itu untuk memberi keterangan dan ia dijangka akan dilakukan selepas pemain itu selesai mewakili Terengganu dalam saingan Piala Tun Razak yang bermula pada Jumaat di Stadium Hoki Indera Mahkota.

"Apa saja keputusan diambil selepas ini, dia kena akur dan pihak Jawatankuasa Disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab tidak lama lagi," titah baginda. 

Tags / Kata Kunci: hoki , mhc , Tengku Abdullah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan