Turkmenistan Siap Sedia Anjur AIMAG 2017

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ashgabat, sebuah bandar di Turkmenistan yang akan menjadi tuan rumah Temasya Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017 (AIMAG 2017) akan membelanjakan US$5 bilion (RM15.98bilion) bagi membina sebuah kompleks dan kemudahan sukan baharu lengkap dengan kemudahan dan peralatan terkini. 

Seorang pegawai Kedutaan Turkmenistan di Malaysia berkata fasa pertama Kompleks Olimpik Ashgabat telah selesai dan fasa kedua dan ketiga dibina di atas kawasan seluas 157 hektar, dijangka siap sebelum 2017. 

Fasa satu terdiri daripada sebuah velodrom tertutup, dewan latihan, arena tertutup, pusat pemulihan perubatan, hotel dan pusat media, pusat perniagaan,restoran, latihan untuk trek dan padang, padang sukan pasukan luar, tasik, kafe luar, tempat letak kereta, stesen monorel dan transformer.

Pegawai itu berkata kerajaan Turkmenistan telah memilih sebuah syarikat pembinaan berpangkalan di Turki, Polimeks untuk membina kompleks ini, yang mengandungi kemudahan dan peralatan sukan terkini untuk kemudahan pegawai dan anggota kontinjen yang bertanding dalam kejohanan ini. 

"Keputusan untuk memilih Polimeks berdasarkan kepada keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan kami selain prestasi pencapaian mereka yang telah terbukti dalam membina bangunan-bangunan lain di negara kita seperti Menara TV Turkmenistan yang unik dan Wedding Palace," kata pegawai itu.

Beliau juga menegaskan bahawa wakil-wakil daripada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Persekutuan Sukan Antarabangsa membuat pemeriksaan berkala ke atas kompleks sukan bagi memastikan ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh OCA. 

Pegawai itu berkata di bawah inisiatif Presiden Turkmenistan,  Gurbanguly Berdymukhamedov, Kompleks Olimpik itu akan menjadi kompleks sukan terbesar di rantau Asia Tengah. 

Jawatankuasa Eksekutif  AIMAG 2017 yang ditubuhkan pada 18 Disember, 2013 di bawah dekri Presiden Turkmenistan telah menyediakan rangka kerja bagi  kejohanan itu dengan menganjurkan beberapa pameran. 

Antaranya ialah Pameran Atletik Antarabangsa dikenali sebagai "Ashgabat -  Ibu negara Aziada-2017 "dari 3 hingga 5 April tahun ini yang membawa bersama-sama peserta dari lebih 60 syarikat di seluruh dunia yang berurusandalam pengeluaran peralatan dan barangan sukan, pakaian sukan dan peralatan teknikal.

Ashgabat juga telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Bersekutu dan Persidangan Kumpulan Sukan Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) ke-54 dari 30 April - 3 Mei, tahun ini di mana peserta membincangkan proses kerja yang terlibat untuk AIMAG 2017. 

Pegawai itu menjelaskan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk mempunyai 18 sukan dalam dewan seperti badminton dan akuatik tetapi jumlah itu masih belum dimuktamadkan. 

Sebanyak 62 negara Asia dan juga rantau Oceania termasuk Australia dijangka bersaing dalam kejohanan itu. 

Ashgabat telah mendapat hak untuk menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa AIMAG yang penting buat kali pertama selepas Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan mereka menandatangani kontrak dengan OCA di Kuwait pada 19 Disember 2010. 

Tags / Kata Kunci: Turkmenistan , AIMAG 2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan