Rory McIlroy Menang AS$1.8 Juta PGA AS

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 2:03 PM

Rory dan Piala PGA AS yang dimenanginya pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN golf nombor satu dunia, Rory McIlroy memenangi kejohanan utamanya yang keempat musim ini dengan menjuarai Kejohanan PGA Amerika Syarikat pada Ahad.

McIlroy, 25, menewaskan Phil Mickelson, Rickie Fowler dan Henrik Stenson di hari terakhir untuk muncul juara.

Pemain berasal dari Ireland Utara itu mencatat sejarah sebagai pemain profesional ketiga yang paling muda selepas Tiger Woods dan Jack Nicklaus untuk memenangi empat kejohanan golf terbesar dunia dan pada masa yang sama menjadi pemain pertama selepas Padraig Harrington memenangi dua kejuaraan utama berturut-turut sejak 2008.

Sebelum PGA AS, dia telah pun memenangi Terbuka British dua minggu lalu.

PGA AS menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$10 juta - iaitu yang terbesar dalam mana-mana kejohanan terbuka golf dunia.

Rory McIlroy memperolehi AS$1.8 juta sebagai juara.

Tags / Kata Kunci: Rory McIlroy , PGA AS

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan