Karate: Makaf Sasar Satu Pingat Emas Di Incheon

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 10:36 PM

Peserta negara, Adrian Ang meraih pingat gangsa selepas menewaskan peserta dari Vietnam, Le Minh Thnan (kanan) bagi kategori U21 Kumite Lelaki 78+ kg sempena Kejohanan Karate Asia ke-14 di Stadium Badminton Cheras, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) menyenaraikan lapan atlet terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita bagi memikul cabaran memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam acara karate di Sukan Asia 2014 di Incheon, September ini.

Setiausaha Agung Makaf Vincent Chen Chee Hong berkata atlet yang tersenarai ialah masing-masing satu dalam acara Kata lelaki, tiga bagi Kumite lelaki dan empat dalam acara Kumite wanita.

"Kita menyasarkan satu pingat emas tetapi kita tidak mahu meletakkan sasaran acara mana untuk menang pingat itu. Bagi kami, semua atlet mampu meraih pingat emas cuma bergantung kepada strategi dan taktik lawan kali ini.

"Kita ada banyak kategori dan hanya lapan peserta dibenarkan. Setiap negara, contohnya Iran yang mampu meraih 10 pingat emas, terpaksa membuat percaturan terbaik untuk menurunkan atlet dalam setiap kategori.

"Sebab itu saya kata Malaysia mempunyai peluang dalam setiap kategori dan ia bergantung kepada teknik dan taktik kali ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah serta penutup Kejohanan Karate Asia ke-14 di Stadium Badminton Cheras pada Ahad.

Atlet yang disenarai ke Sukan Asia 2014 terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA Myanmar dalam acara Kata lelaki, Lim Chee Leong dan tiga peserta lelaki acara Kumite iaitu S.Senthil Kumaran (bawah 60kg), R. Sharmemdran (bawah 67kg) dan J.Sharma (bawah 75kg).

Empat atlet wanita dalam acara Kumite terdiri daripada Nur Eleena Anis Ab Malek (bawah 45kg), A.Nisha (bawah 55kg), K. Syakilla Saini (bawah 61kg) dan S.Shree Sharmini (bawah 68kg wanita).

Sementara itu, Vincent berkata skuad karate kebangsaan akan berlatih bersama sekumpulan atlet karate dari Eropah sebelum menyertai Kejohanan Karate 1 Liga Premier di Okinawa, Jepun dan Istanbul, Turki pada hujung bulan Ogos dan awal September sebelum ke Mesir untuk latihan terakhir.

"Ini adalah peluang terbaik untuk atlet kita di mana saya difahamkan kebanyakan negara yang menyertai Sukan Asia akan menguji atlet karate mereka pada beberapa kejohanan, khususnya di Turki nanti," katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad karate negara pada Sukan Asia ialah meraih dua pingat emas pada edisi 1998 di Bangkok, Thailand; pada 2002 di Busan, Korea Selatan dan 2010 di Guangzhou, China.

Tags / Kata Kunci: karate

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan