Hoki: Dharma Akur Dengan Segala Keputusan MHC - Sukan Ekstra | mStar

Hoki: Dharma Akur Dengan Segala Keputusan MHC

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 10:11 PM

Pasukan hoki lelaki negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyertai temasya Sukan Komanwel Glasgow, Scotland pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

SEPANG:Jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dharma Raj Abdullah akur jika Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memberhentikan perkhidmatannya.

"Kalau MHC rasa menyingkirkan saya adalah perkara paling baik untuk pasukan hoki, terpulanglah," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC Manjit Majid Abdullah yang mendesak agar Dharma dipecat susulan kekalahan memalukan 2-4 kepada Trinidad dan Tobago pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Dharma berkata, beliau mempunyai pengalaman dengan Manjit dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dengannya. 

"Saya tidak ada masalah. Jadi mengikut pengalaman lepas buat saya jadi lebih matang hadapi isu ini. Kalau dia (Manjit) rasa dia betul, saya tidak mahu bergaduh dengan dia. Saya ada pasukan yang perlu diambil berat," katanya. 

Dharma berkata dalam organisasi MHC sendiri ada ahli yang bijaksana, jadi mereka akan faham keadaan sekarang dan menyokong pasukan hoki kebangsaan.

Lebih mengecewakan apabila pasukan hoki negara ditewaskan pasukan England 1-8 dan dibenam New Zealand 1-6 pada perlawanan peringkat kumpulan Sukan Komanwel.

Beliau berkata: "Walaupun pasukan kita kalah tapi mereka menunjukkan satu persembahan bagus, mereka cuba untuk dapatkan peluang gol. Pasukan hoki bagi Sukan Komanwel ini ramai pemain junior, sebelum bertolak ke Scotland semua sudah tahu misi utama kita ialah Sukan Asia.

"Saya akan pilih empat pemain dari temasya ini untuk diserap sertai Sukan Asia. Kalau saya pentingkan diri sendiri, saya bawa pasukan pertama ke Scotland ... bukan pasukan kedua ini. Pasti sekurang-kurangnya kita berada di tempat ketiga," katanya.

Dharma berkata beliau mahu pasukan hoki utama yang terdiri daripada pemain senior berehat sebelum menampilkan aksi mereka pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.

Tags / Kata Kunci: hoki , sukan komanwel
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan