Skuad Boling Padang Puas Hati Dua Pingat Perak - Wan Zawawi

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 7:22 AM

boling padang
(Ubah saiz teks)

SEPANG: Meskipun gagal menepati sasaran satu pingat emas pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, namun skuad boling padang negara berpuas hati dengan peningkatan prestasi berbanding pencapaian di New Delhi, India, empat tahun lepas.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia, Datuk Wan Zawawi Ismail berkata, pencapaian dua pingat perak di Scotland adalah lebih baik berbanding satu perak dan satu gangsa menerusi duo berpasukan wanita dan lelaki di New Delhi.

"Memang kita tidak menepati sasaran yang telah dibuat tapi kejayaan kali ini adalah satu peningkatan prestasi buat skuad boling padang negara," katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaan skuad boling padang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Wan Nawawi berkata, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian skuad boling padang kerana berjaya menggalas cabaran dan tanggungjawab membawa nama negara di persada dunia.

Katanya, skuad kebangsaan perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada prestasi bagus ditonjolkan pasukan Afrika Selatan yang berjaya meraih empat pingat emas dan satu perak.

"Walaupun kita satu pasukan yang kerdil namun kita mampu raih dua pingat perak...jika Afrika Selatan boleh buat, maka kita pun boleh lakukan juga. Buat masa sekarang kita akan mantapkan terlebih dahulu prestasi pasukan kita," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan