Badang Negara Terima Hadiah Lot Tanah, Wang Tunai

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu menghadiahkan satu lot tanah serta wang tunai berjumlah RM10,000 kepada atlet angkat berat negara Mohd Hafifi Mansor yang menyumbang emas pertama negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengenal pasti tanah lot banglo di kawasan Tok Jembal untuk diserahkan kepada anak Terengganu kelahiran Seberang Takir yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Menurutnya pemberian tanah itu juga selari dengan hasrat wira negara itu yang ingin pulang ke Terengganu untuk mencurahkan bakti di tanah air.

"Proses pemberian tanah akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu dan selepas itu kita akan serahkan tanah tersebut kepada badang Terengganu ini.

"Sebelum ini saya ada terbaca kenyataan Hafifi yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menjadi jurulatih sukan angkat berat dan saya rasa hadiah ini paling sesuai bagi Hafifi untuk terus menetap di negeri kelahirannya," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Mohd Hafifi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, Ahad.

Wira negara berusia 24 tahun itu juga diarak menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengelilingi Bandar Kuala Terengganu dari LTSM.

Bagi merealisasikan impian Mohd Hafifi, Ahmad Razif berkata kerajaan akan membantu pemenang pingat emas bagi kategori 69 kilogram itu menjadi jurulatih dengan membuka pusat latihan angkat berat melatih anak tempatan menceburi sukan itu.

Katanya kejayaan yang dikecapi Mohd Hafifi juga membuktikan Terengganu mampu melahirkan atlet sukan angkat berat di negeri itu pada masa hadapan dan sehubungan kejayaan atlet itu, sukan angkat berat akan diberi penekanan dalam melahirkan lebih banyak atlet dalam acara berkenaan.

Jelasnya kejayaan yang membanggakan itu juga sekali gus menjadikan anak muda ini sebagai ikon kepada para belia.

Menurutnya kerajaan negeri juga bersedia memberikan kemudahan dan keperluan yang lain kepada Mohd Hafifi untuk mengulangi kejayaan seperti Sukan Olimpik pada masa akan datang.


Tags / Kata Kunci: Glasgow , terangganu

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan