MSN Puas Hati Pencapaian Atlet Pelapis Negara di Glasgow

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 10:52 PM

Zolkples Embong.

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Atlet-atlet muda negara perlu diberi peluang untuk bertanding di temasya sukan besar bagi membolehkan mereka menimba pengalaman bagi menghadapi cabaran lebih kompetetif pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong berkata secara keseluruhan pencapaian atlet pelapis membanggakan apabila Zulhelmi Mohd Pisol telah berjaya memenangi pingat perak dalam acara 56kg sukan angkat berat.

Beliau turut berharap penyertaan atlet pelapis angkat berat di Sukan Komanwel kali ini dapat menyuntik semangat mereka untuk mengharungi kejohanan lebih penting akan datang.
 
"Seramai empat orang atlet angkat berat dan dua orang atlet olahraga dari program pelapis MSN telah terpilih untuk mewakili negara ke temasya sukan Komanwel 2014 di Glasgow.
 
"Beberapa orang atlet pelapis yang telah dinaik taraf ke peringkat atlet elit sejak 2012 juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Zolkples berkata atlet menembak negara seperti Eddy Chew, Jonathan Wong, Joseph Lee dan Choo Wen Yan juga semakin matang dalam acara masing-masing selepas menamatkan saingan mereka di kedudukan yang baik.
 
"Jupha Sompnet (Atlet berbasikal) yang pertama kali beraksi di Sukan Komanwel juga telah menunjukkan potensi besar dalam sukan berbasikal apabila menduduki ranking keenam dalam acara scratch race," katanya.

Bagi skuasy pula, bekas atlet-atlet pelapis seperti Rachel Arnold, Delia Arnold, Valentino Bon, Iven Yuen dan Vaneesa Raj masing-masing menunjukkan potensi memberangsangkan dan mempunyai masa depan cerah untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.

Atlet muda dari sukan terjun seperti Loh Zhiayi dan Nur Dhabitah Sabri turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam acara masing-masing pada Sukan Komanwel kali ini.

Nur Dhabitah berpasangan dengan Pandelela Rinong berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita manakala Loh Zhiayi pula merupakan finalis bagi acara 10m platform individu wanita.

Atlet tinju juga tidak menghampakan apabila Khir Akyazlan Azmi dan Mohamad Fuad Mohd Ridzuan masing-masing bersaing sehingga pusingan suku akhir namun tewas kepada pencabar masing-masing dari England dan Wales.
Tags / Kata Kunci: MSN , Sukan Komanwel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan